CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3493|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nahas van persiaran: Identiti mangsa maut dikenal pasti

[Copy link]
Post time 26-9-2023 12:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 26-9-2023 12:27 AM

Nahas van persiaran: Identiti mangsa maut dikenal pasti

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI   25 September 2023    01:26pm







Laporan Sinar harian pada Ahad. Gambar kecil: Kamarul




BALIK PULAU - Wanita warga Singapura yang maut dalam kejadian van persiaran terjatuh ke dalam cerun di Bukit Genting, Teluk Kumbar dikenal pasti sebagai Lee Kwee Yiam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, mangsa berusia 62 tahun akan dibedah siasat pada jam 2 petang Isnin di Jabatan Forensik Hospital Balik Pulau.

Menurutnya, kesemua mangsa menaiki sebuah van persiaran yang disewa daripada pemandu yang turut tercedera dalam kejadian berkenaan.

"Hasil siasatan, kejadian berlaku pada jam 8.35 malam semalam (Ahad) yang mana, van tersebut adalah milik pemandu itu sendiri. Van tersebut dari arah sebuah restoran di situ.

"Ketika van menuruni bukit di Jalan Genting, pemandu van gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan jatuh ke dalam cerun. Akibat daripada itu, van tersebut mengalami pelbagai kerosakkan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau menambah, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, ia adalah jalan sehala dan permukaan tidak rata.


"10 mangsa termasuk pemandu van berusia 61 tahun mengalami pelbagai kecederaan antaranya di bahagian kepala, tangan, belakang badan, pinggul, kaki, muka dan leher.

"Semua mangsa berusia lingkungan 55 hingga 69 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Dalam kejadian malam Ahad, seorang pelancong wanita warga Singapura maut selepas van persiaran yang dinaiki bersama sembilan rakan senegaranya terjatuh dari Bukit Genting di sini.

Mangsa yang berusia lingkungan 60an disahkan maut di lokasi kejadian kerana dipercayai cedera parah.

Menurut bomba, kesemua mangsa berjumlah 11 orang termasuk pemandu warga tempatan.

Penumpang terdiri daripada warga Singapura iaitu tujuh wanita dan tiga lelaki.

Difahamkan, kesemua mangsa melalui laluan sempit itu untuk menikmati makan malam di sebuah restoran makanan Thailand yang terletak di puncak bukit terbabit.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang, van tersebut telah terbabas lalu terjatuh dari laluan berbukit berkenaan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.052425 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list