CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2225|Reply: 0

[Selangor] Penuntut kolej nyaris maut, jatuh ‘flyover’ 20 meter

[Copy link]
Post time 25-9-2023 12:29 PM | Show all posts |Read mode

Lokasi motosikal terbabas sebelum terjatuh dari jambatan di Jalan Ukay Perdana (Pusingan - U berhampiran Masjid Ukay Perdana), Ampang, semalam.

AMPANG – Seorang penuntut kolej nyaris maut selepas motosikalnya terbabas sebelum terjatuh dari ‘flyover’ (jambatan) pada ketinggian 20 meter di Jalan Ukay Perdana (Pusingan – U berhampiran Masjid Ukay Perdana), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada pukul 6.30 petang.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal dalam perjalanan dari Taman Al- Ridhuan, Hulu Kelang menuju ke Masjid Ukay Perdana.

“Semasa melalui selekoh pusingan U di jalan tersebut, mangsa yang tidak dapat mengawal kenderaan telah terbabas ke kiri jalan dan melanggar tembok penghadang sebelum terjatuh ke bawah jambatan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, anggaran ketinggian mangsa jatuh adalah lebih kurang 20 meter.

Kata Mohd. Azam, lelaki yang berusia 21 tahun itu disahkan mengalami kecederaan patah tulang kaki kiri, rusuk kanan dan tulang belakang.

“Mangsa kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Ampang dan kes disiasat di bawah Kaedah 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/1959),” ujarnya.

Tegas Mohd. Azam, saksi bebas yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Ampang Jaya Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... h-flyover-20-meter/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.104954 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list