CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2053|Reply: 0

[Pulau Pinang] Seorang maut, dua cedera kereta terhumban dalam longkang

[Copy link]
Post time 25-9-2023 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-9-2023 10:40 AM

Seorang maut, dua cedera kereta terhumban dalam longkang

oleh  MOHD ISKANDAR OTHMAN  25 September 2023   08:35am



Keadaan di lokasi kemalangan yang menyebabkan seorang maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam longkang di Jalan Star Venue, Taman Tangling Indah, Bukit Mertajam pada Isnin.




BUKIT MERTAJAM - Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Star Venue, Taman Tangling Indah, di sini pada Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu pada jam 4.06 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika anggota tiba di lokasi mendapati dua daripada mangsa telah berjaya keluar dari kereta berkenaan dan seorang lagi tersepit di bahagian tempat duduk.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dilakukan dan mangsa telah berjaya dikeluarkan pada jam 5.15 pagi.



Dua orang mangsa yang mengalami cedera ringan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.

Tambahnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.47 pagi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.068952 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list