CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3763|Reply: 0

[Kedah] Konsep tradisi gamit pengunjung ke Warung Din Bendang

[Copy link]
Post time 25-9-2023 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 25-9-2023 08:59 AM

Konsep tradisi gamit pengunjung ke Warung Din Bendang

oleh ROSHILA MURNI ROSLI  25 September 2023   08:40am





Suasana yang tenang dan damai di Warung Din Bendang.




ALOR SETAR - Konsep warung ala kampung yang diperkenalkan oleh seorang kartunis tanah air di Kampung Telok Kandeh di sini menjadi tarikan orang ramai sejak dibuka awal bulan ini.

Pemilik Warung Din Bendang, Mohd Zainudin Ismail, 49, berkata, dia turut menawarkan pelbagai menu tradisi seperti Laksa Kedah, Peknga (lempeng) kelapa dan cendol pada harga mampu milik.





Mohd Zainudin menunjukkan peknga (lempeng) kelapa yang selalu menjadi pilihan pelanggan.




"Idea untuk memperkenalkan konsep ini tercetus setelah banyak barangan kraftangan termasuk alatan yang digunakan untuk kerja - kerja sawah zaman dahulu ada dalam simpanan.

"Jadi daripada terbiar, rosak dan tidak terjaga, lebih baik saya pamerkan di warung ini untuk generasi sekarang lihat dan kenal," katanya ketika ditemui di warungnya di sini pada Ahad.




Pengunjung juga boleh merasai pengalaman menaiki basikal tua yang disediakan di warung terbabit.



Dia yang juga terkenal sebagai Kartunis Cekeding turut bercadang membuka galeri kraftangan untuk mempamerkan kesemua kraftangan dan lukisan miliknya.

"Warung ini baharu saja dibuka, jadi banyak lagi penambahbaikan yang saya rancang, supaya suasana di warung ini betul -betul rasa seperti perkampungan Melayu zaman dahulu," katanya.


Mengulas lanjut, bapa kepada tiga cahaya mata ini berkata, sebagai seorang yang sukakan kesenian semua susun atur di warung tersebut dihasilkan mengikut kreativitinya sendiri.

"Lepas ini ruang makan pelanggan pun saya akan buat daripada atap nipah supaya lebih klasik.

"Warung ini juga akan diperbesarkan untuk menampung jumlah pelanggan yang semakin ramai," ujarnya yang mengeluarkan kos permulaan sekitar RM2,000 untuk menubuhkan warung berkenaan.


Rumah kayu menghidupkan lagi konsep ala kampung di Warung Din Bendang.



Katanya, hampir sebulan pembukaan warung terbabit, dia bersyukur kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan setempat dan luar.

"Kadang- kadang makanan belum siap pun dah ada yang datang, sanggup tunggu. terima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong saya.Insya-ALLAH saya akan cuba yang terbaik untuk memuaskan hati mereka," katanya.

Sementara itu, pelanggan daripada Pulau Pinang, Hasliza Ismail Mokhtar,42, berkata dia mengetahui mengenai warung berkenaan daripada adiknya yang tinggal di Kedah.

"Konsep yang diperkenalkan menarik, sesuai untuk " healing" dengan keluarga dan rakan-rakan, suasana tenang makanan pun sedap.

"Saya rasa warung ini boleh pergi jauh dan menjadi salah satu tempat pelancongan suatu hari nanti," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.040627 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list