CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 621|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Kalau ada persamaan pun itu kebetulan'

[Copy link]
Post time 24-9-2023 03:26 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Azrul mencari rezeki sebagai pemandu lori syarikat kurier. FOTO ihsan Muhammad Azrul

Bayan Lepas: "Memang ramai tegur dan cakap wajah kami seiras. Segan juga rasanya kerana dia lebih jauh kacak daripada saya," kata pemuda dikenali Muhammad Azrul yang wajahnya persis penyanyi, Aiman Tino.

Muhammad Azrul, 24, adalah pemandu lori sebuah syarikat kurier dan aktif memuat naik perkongsian mengenai rutin harian serta kerjayanya di TikTok.

Sejak itu, Muhammad Azrul mendapat perhatian apabila segelintir pengikut dan warganet mengatakan wajahnya seiras Aiman Tino.

Menurutnya, dia sendiri tak pasti mengenainya kerana bukan dia yang membangkitkan persamaan itu tetapi orang lain.

"Saya tak tahu bahagian mana yang sama namun ramai cakap begitu bukan hanya di TikTok saja.

"Sebaliknya, segelintir pelanggan yang jumpa depan-depan sewaktu saya hantar barang pun cakap wajah saya seiras Aiman Tino.

"Ada juga tanya sama ada kami mempunyai pertalian darah dan hakikatnya memang tidak tapi saya anggap persamaan itu satu kebetulan saja," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menceritakan perihal dirinya, anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, sudah hampir enam tahun dia mencari rezeki dalam bidang pengangkutan.

"Saya bermula daripada bawah iaitu sebagai kelindan pada 2018 sebelum jadi pemandu lori sejak dua tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki yang ada kerana pendapatan awal dulu RM1,200 saja tapi kini mencecah RM5,000.

"Lagipun, saya bersekolah sampai Tingkatan Dua saja, jadi tak boleh pergi mana, bukan mudah nak dapat kerja jadi teruskan saja sebagai pemandu lori.

"Jika ada rezeki pun, saya bercadang nak buka perniagaan, kemungkinan pusat cuci kereta kerana minat ke arah itu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-pun-itu-kebetulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.058529 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list