CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1492|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sesi pengajaran, pembelajaran di SK Permatang To' Kandu diteruskan

[Copy link]
Post time 22-9-2023 10:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 22-9-2023 10:43 PM

Sesi pengajaran, pembelajaran di SK Permatang To' Kandu diteruskan

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN 22 September 2023  10:04pm





Fadhlina (kanan) mendengar taklimat kejadian kebakaran daripada pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat di SK Permatang To' Kandu, pada Jumaat.



PERMATANG PAUH - Sesi pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu di sini yang terjejas akibat kebakaran yang berlaku pada petang Jumaat akan diteruskan pada minggu depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa anak-anak akan terus belajar dalam keadaan apa sekali pun bagaimanapun mekanismenya akan ditentukan pastikan sama ada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atau kelas ganti.


Menurutnya, blok sekolah yang terjejas akibat kejadian kebakaran itu akan ditutup sementara bagi tujuan keselamatan.

"Kita akan berbincang dengam Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri mengenai mekanisme yang akan dilaksanakan bagi memastikan anak-anak di sini terus mendapat pendidikan.


"Buat masa ini, tindakan untuk memastikan keselamatan keseluruhan termasuklah pendawaian dan sebagainya," katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan di sekolah berkenaan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, pihaknya akan melakukan penilaian menyeluruh kerosakan yang dialami sekolah terbabit berikutan kebakaran yang memusnahkan lima bilik darjah.



Tiga buah kelas musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran yang berlaku pada petang Jumaat.



Katanya, penilaian kerosakan itu mengambil masa sekurang-kurangnya 14 hari sebelum pihaknya meluluskan bantuan bencana terhadap sekolah terbabit.

Pada Jumaat Sinar Harian melaporkan lima bilik darjah di SK Permatang To' Kandu di sini, musnah dalam kebakaran yang berlaku pada petang Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 6.02 petang sebelum beberapa pasukan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, apabila pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian mendapati kebakaran berlaku di tingkat atas bangunan empat tingkat sekolah berkenaan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.049156 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list