View: 5487|Reply: 29
|
Kalau Aku Boleh Dimadu..Dia Pun Sama
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum,forumers!
Saya nak tanya sikit..Korang pernah tak terfikir something yang weird untuk dilakukan..
Especially,bila korang dapat tahu korang dah dimadukan(bagi yang bersuami)
Atau pun korang pernah terfikir nak kahwin lebih dari satu..
Kiranya macam 1st husband sebagai kad debit korang
while 2nd ones sebagai teman hidup??
Rumah nie bebas untuk sebarang pendapat ya..Jom share2 ya??
Kalau ada yang tak suka dengan apa2 yang ada dalam rumah nie..
Tolong bagitau saya~ |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih sebab sudi masuk rumah nie~ |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya org perempuan terfikir je tapi risiko untuk mereka laksanakan adalah tipis... |
|
|
|
|
|
|
|
wow!!! kalo pompuan pk cm ni abis la weh..hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 4# assafdiyah
Sis,terima kasih sebab masuk ke rumah saya nie..
Btw sis pastiker takde yang buat?? |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan nyer mengapa lelaki suka sangat mengaitkan sunnah nabi..
Kalau bab kahwin dan poligami nie..
Tapi kalau bab2 lain..minta simpang lah..
Sapa yang tahu tolong jelaskan boleh??
FYI,saya bukan penyokong monogami atau poligami..
saya cuma nak tahu jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab lelaki bukan malaikat pun...
yang best akan diberi keutamaan...
yang tak best buat2 tak tau... |
|
|
|
|
|
|
|
“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
· “You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
· “You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
· “Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
· “You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”
Adakah ini sebab2 nyer golongan perempuan dimadukan?? |
|
|
|
|
|
|
|
“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
· “You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
· “You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
· “Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
· “You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”
Adakah ini sebab2 nyer golongan perempuan dimadukan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply assafdiyah
Sis,terima kasih sebab masuk ke rumah saya nie..
Btw sis pastiker takde yang ...
juragan_ghaib Post at 8-1-2011 00:14
ada je dik yang buat.... tapi perempuan ni kebanyakkannya bila dah bercinta ... serah kasih sayang dan berkahwin biasanya jarang mereka nak curang... sebab hati mereka tu halus dan sensitif dan tak sanggup nak curang... sifat perempuan kan berbeza dgn lelaki... tu sebab lelaki leh kawin 4... hati mereka lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(.Surah An-Nisaa' Ayat 2)
So,dari ayat Al-Quran nie dapatlah saya bagi beberapa point.Kalau tak setuju,bagitau yerk??
Untuk make sure yang lelaki yang memadukan isterinya nie adil,so Islam dah tetapkan beberapa syarat sebagai garis panduannya..Iaitu:
1. Suami tue mampu menyara isteri2 dan
2. Berlaku adil kepada isteri2..Dia adil dalam:
i. Sediakan rumah
ii. Giliran malam
iii. Musafir
3. Bagi didikan agama kat isteri2
Saya setuju lah jugak dengan syarat2 nie,tapi kalau bab yang ketiga tue..macam berat je..
Is that true yang suami2 nie beri didikan agama yang betul2 didikan agama??
Setahu saya,kalau dah namanya dimadukan..
Habis madu pun sepah dibuang..(Teringat kumpulan Sepah!)
Apa pendapat korang?? |
|
|
|
|
|
|
|
“Adapun pendapat yang menyatakan bahawa berpoligami membawa keburukan kepada keluarga dan masyarakat ianya adalah pendapat yang mengandungi kekeliruan yang nyata. Kita katakan kepada mereka yang keliru ini: Sesungguhnya syariat Islam tidak mungkin menghalalkan untuk manusia sesuatu yang memudaratkan mereka, seperti mana ianya tidak mungkin mengharamkan manusia sesuatu yang memberi manfaat kepada mereka. Bahkan telah dipastikan menerusi nas (al-Quran dan al-Sunnah) dan kajian bahawa syariat Islam tidak menghalalkan melainkan perkara yang baik lagi manfaat. Juga ianya tidak mengharamkan melainkan yang keji lagi mudarat "
Kata2 nie sengaja saya petik dari kata-kata Dr.Yusuf al-Qardawi..
Sapa nak komen?? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini saya nak dedahkan sikit lah soal jawab saya dengan beberapa orang.Saya pilih orang2 nie pun secara rambang jer..Ada cikgu,ada suri rumah,ada yang solo lagi,dan macam-macam lah..Nie kisah benar..Dan tak ada sebarang penipuan atau ayat yang ditukar berlaku..(kalau ada yang nak speku..saya tak kisah)
Nama dan gambar yang saya akan paparkan di bawah tidak ada kena mengena langsung dengan orang2 yang ditemu bual..Hanyalah hiasan semata-mata..
KES PERTAMA: AKU SEORANG SURI RUMAH
Kes yang saya akan dedahkan selepas2 ini adalah bertujuan untuk pengajaran..Bukan lah niat saya untuk mengaibkan mana-mana pihak..
RITA,adalah seorang wanita awal 40-an..Rita nie adalah seorang isteri dan suri rumah kepada seorang lelaki kaya di Jasin,Melaka.Kalau ikutkan Rita nie memang dah dapat semua yang seorang wanita mahukan..Memang dah lengkap..Cuma yang kurang dan menjadi kekurangan dalam hidup Rita adalah belaian kasih sayang dari suami dia nie..Biarlah saya namakan dia Encik S.Rita nie disebabkan selalu sangat tidur berpeluk kan bantal peluk je..Dia mulalah cari makan kat luar..
|
|
|
|
|
|
|
|
Rita nie memang dah ada anak dah pun,anak tunggal dia study kat asrama.Jadi,selalunya Rita nie memang tinggal sorang-sorang je kat rumah..Dah lah suami sibuk bekerja,anak study asrama..Konfirmlah si Rita nie kesunyian kan?
Rita mengaku yang dia boleh dapatkan apa saja dari suami dia,Encik S.Tapi,Encik S nie tak dapat nak bahagiakan Rita dari segi nafkah batin. |
|
|
|
|
|
|
|
"Satu hari,ketika mengunjungi sebuah pusat membeli-belah,saya telah disapa oleh seorang lelaki Cina nie"
"Dia memuji kecantikan saya dan saya rasa sangat bangga.Tanpa rasa curiga,saya minta nombor telefon darinya sebelum pulang ke rumah "
Semenjak hari tue lah,kata Rita,hubungan mereka semakin erat.Menurut Rita, lelaki cina yang juga seorang penuntut di sebuah IPTS di Melaka itu amat menyenangkan hatinya.Kata Rita lelaki itu sangat romantik,pandai mengambil hati dan murah dengan senyuman.
"Faktor utama saya tertarik padanya adalah senyumannya"
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pernah terfikir nak bersuami 2 |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Rita lagi, hubungan erat mereka yang selama nie boleh dikatakan sebagai ibu dan anak angkat telah naik lebih setingkat..Hubungan mereka berdua lebih ke arah seperti pasangan kekasih..Dan Rita seringkali dibelikan barangan yang mahal2 dari pemuda Cina itu.Oleh sebab,Encik S seringkali tiada di rumah,hubungan sulit Rita dan lelaki cina itu tidak diketahui sesiapa pun.
"Dan yang lebih seronok tentang dia adalah, dia nie memang betul-betul "berpengalaman".Saya sentiasa inginkan dia bersama-sama saya"
Tambah Rita lagi,kadang-kadang semasa bersama suaminya,Encik S,Rita akan terbayang-bayang akan aksinya dengan pemuda cina itu.Aksinya bersama pemuda cina itu pasti lebih menyeronokkan berbanding aksi yang dipersembahkan oleh suaminya.
"Suami saya tidak tahu tentang ini dan saya memang beruntung sebab suami saya tak tahu saya makan luar "katanya sambil tersenyum |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by siputsedut at 8-1-2011 08:48
“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
· “You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ ...
juragan_ghaib Post at 8-1-2011 00:32
mek pukk LIKE this dulu2 mek pernah baca pasal poligami ni..bagi mek..poligami takde masalah..yang masalahnya..orang yang nak berpoligami atas niat2 mcm kat atas ni..berapa ramai yang berpoligami..kawin dengan ibu tunggal yang mengalami masalah kewangan atau masalah dlm nak handle keluarga? berapa ramai pulak yang kawin dengan anak dara yang beza umur nya dah mcm anak dengan ayah atas alasan mampu..tapi kengkadang dari segi duit dah pembahagian kasih sayang tak mampu pun...dan niat dalam hati sebenarnye adalah sebab bini dah tak cantik mcm dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
mek pukk LIKE this dulu2 mek pernah baca pasal poligami ni..bagi mek..poligami takde ...
siputsedut Post at 8-1-2011 08:45
Tahniah!memang tue lah yang bersarang kat kepala hotak saya nie.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|