View: 450|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Isu REE, Jangan usik hutan simpan kekal - SAM
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/BBFD_1694667144.jpg)
FOTO HIASAN.
Georgetown: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan persekutuan dan negeri melarang perlombongan unsur nadir bumi (REE) di kawasan sensitif alam sekitar (ESA) terutama di hutan simpanan kekal.
Gesaan itu adalah tindak balas SAM kepada dasar baharu kerajaan mengharamkan eksport REE dalam melindungi rantaian nilai sumber bagi membina industri pertengahan dan hiliran.
Presiden SAM Meenakshi Raman berkata, larangan eksport itu adalah baik kerana ia mengelakkan tekanan ke atas kawasan sensitif alam sekitar, lanjutan daripada dorongan peningkatan permintaan global.
Katanya, walaupun logik pengharaman eksport sedemikian adalah demi kepentingan domestik, SAM tidak menyokong perlombongan unsur nadir bumi walaupun bagi kegunaan negara terutama apabila kebanyakan sumber itu terletak di kawasan ESA termasuk dalam hutan simpanan kekal dan ekosistem kepelbagaian biologi.
"Sememangnya terdapat keperluan bagi kerajaan bersikap telus sepenuhnya dan mengenakan larangan ke atas aktiviti perlombongan di kawasan ESA.
"Tidak cukup dengan bercakap mengenai perlombongan secara mampan atau bertanggungjawab kerana kawasan ESA perlu dilindungi sepenuhnya.
"Membenarkan perlombongan unsur nadir bumi dalam kawasan ESA bukan sahaja menyebabkan kesan alam sekitar dan sosial yang teruk malah bertentangan dengan dasar iklim dan biodiversiti sedia ada," katanya tadi.
Mengulas lanjut Meenakshi berkata, perlombongan unsur nadir bumi dalam hutan simpan adalah bercanggah dengan Akta Perhutanan Negara 1984 dan objektif Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan.
Katanya, kedua-dua cara perlombongan terbuka konvensional dan perlombongan larut resap setempat atau in-situ memberikan kesan alam sekitar dan kesihatan sosial yang serius terutama jika ia terletak di kawasan ESA atau membabitkan hak tanah adat orang asal dan orang asli.
"Perlombongan larut resap in-situ masih memerlukan pembersihan satu pertiga daripada kawasan tumbuh-tumbuhan dan menimbulkan risiko yang lebih serius kepada pencemaran air bawah tanah berbanding perlombongan terbuka.
"Penggunaan ammonium sulfat sebagai larutan larut resap boleh menyebabkan pencemaran sulfat yang akan berterusan lama selepas perlombongan dihentikan.
"Ia akan berlaku melalui pencemaran nutrien yang lebih teruk di hilir sungai dan takungan bersama-sama dengan peningkatan pengeluaran mikrob hidrogen sulfida iaitu bahan yang sangat toksik kepada banyak organisma dan tumbuhan akuatik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-simpan-kekal-sam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|