View: 2500|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Allah lebih menyayangimu, Aleena Suraya...
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/photo_2023-09-12_19-47-16_1694519317.jpg)
ALEENA Suraya. FOTO Ihsan Pembaca
Kuala Lumpur: Aleena Suraya Muhamad Syarifuddin yang menderita penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1, meninggal dunia kerana komplikasi penyakitnya, petang semalam.
Ibunya, Siti Khairiah Athirah berkata, jenazah Aleena Suraya yang baru menyambut ulang tahun pertamanya pada 15 Ogos lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Minyak kira-kira 11 pagi, hari ini.
Menurutnya, anaknya menghembuskan nafas terakhir di sisinya ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka.
"Kami reda dengan ketentuan Illahi kerana kami sudah berusaha dengan sehabis baik untuk anak kami.
"Saya dan keluarga berterima kasih untuk semua bantuan, sokongan dan doa untuk Aleena Suraya daripada mula sehingga akhir hayatnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, Aleena Suraya memerlukan bantuan mendapatkan ubat Genetik Zolgensma untuk menghentikan kemerosotan otot serta kesembuhannya yang perlu diambil sebelum usianya mencecah dua tahun.
Pada Julai lalu, Aleena Suraya mengambil suntikan pertama ubat sokongan Spinraza untuk mengurangkan kemerosotan ototnya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ngimu-aleena-suraya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|