CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1943|Reply: 0

[Selangor] Waspada penipuan guna nama KSK Credit

[Copy link]
Post time 12-9-2023 04:27 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar laman utama kskcredit4u.com.

PETALING JAYA – KSK Group Berhad memaklumkan nama anak syarikatnya, KSK Credit Sdn. Bhd. telah digunakan secara tidak sah untuk menjalankan aktiviti penipuan phishing scam secara dalam talian.

Katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan di sini, pihaknya telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 1 September lalu berkaitan kskcredit4u.com, iaitu sebuah laman web palsu yang mendapatkan wang daripada individu secara haram dengan alasan tawaran pinjaman.

Jelasnya, pengendali laman web tersebut, atau ejen-ejennya telah meminta mangsa membuat penghantaran wang deposit secara dalam talian untuk mendapatkan pinjaman seperti yang dijanjikan.

“Seterusnya, mangsa dimaklumkan supaya mengunjungi Bangunan KSK (ibu pejabat KSK Group) untuk mendapatkan jumlah penuh pinjaman.

“Bagi tujuan mengaburi mangsa, skim penipuan ini telah menggunakan nombor lesen berdaftar KSK Credit Sdn. Bhd. yang sah di dalam laman web tersebut, bersama dengan alamat bangunan kami tanpa kebenaran.

“Kami ingin menekankan bahawa sehingga kini, KSK Group tidak memberi kuasa kepada mana-mana laman web, pengendali atau ejen pihak ketiga untuk menjalankan operasi pinjaman dengan menggunakan nama KSK Credit Sdn. Bhd.,” katanya.

Menurut KSK Group, sebelum ini, dua laman web dengan modus operandi yang serupa telah dikesan dan laman web yang digunakan telah disekat SKMM.

“Untuk pengetahuan umum, KSK Credit Sdn. Bhd. ditubuhkan sebagai anak syarikat yang hanya menawarkan pembiayaan peribadi kepada pembeli yang ingin membeli projek hartanah kami.

“Oleh itu, KSK Group atau KSK Credit Sdn. Bhd. tidak menawarkan pinjaman dalam talian atau peribadi dan laman web rasmi kami hanya 8conlay.com, kskland.my serta kskgroup.com.,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... na-nama-ksk-credit/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.489088 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list