CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2119|Reply: 0

[Perak] Wanita rugi RM473,225 wang Tabung Haji, ASB ditipu sindiket phone scam

[Copy link]
Post time 12-9-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

IPOH – Wang simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik seorang wanita berjumlah RM473,225 lesap selepas menjadi mangsa penipuan panggilan telefon atau phone scam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, wanita berusia 55 tahun itu pada mulanya dihubungi pada 25 Januari lalu oleh seorang individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai syarikat insurans.

Katanya, dalam perbualan telefon itu, individu terbabit telah bertanya kepada mangsa sama ada telah menerima wang tuntutan insurans sebanyak RM78,000.

“Wanita itu kemudiannya dihubungi seorang lelaki mendakwa pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada 31 Januari lalu yang meminta mangsa membuat laporan polis berkaitan wang tuntutan insurans yang tidak wujud.

“Panggilan telefon juga disambungkan kepada seorang lelaki yang mendakwa sebagai peguam dan memaklumkan mangsa terlibat dalam kes penggubahan wang haram,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pada 3 Februari lalu, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada dua ‘pegawai polis’ yang mengajar cara-cara membuat pindahan wang.

Katanya, atas arahan suspek, mangsa telah membuat pengeluaran wang Tabung Haji dan ASB berjumlah RM458,000 dan dimasukkan ke dalam akaun banknya sendiri.

“Selain itu, mangsa juga telah membuat lima transaksi berjumlah RM35,000 ke dalam tiga akaun bank milik individu lain kononnya untuk membayar kompaun atas kesalahan jenayahnya.

“Mangsa hanya menyedari ditipu selepas menerima notis pemakluman daripada bank pada Ogos lalu bahawa terdapat 17 transaksi berjumlah RM438,225 daripada akaun bank wanita itu ke beberapa akaun bank tidak dikenali antara 9 Februari hingga 28 Mac lalu,” katanya.

Tambah beliau, jumlah kerugian dialami mangsa sebanyak RM473,225 dan dia yang berasal dari Bercham itu membuat laporan polis berkaitan penipuan itu semalam.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... indiket-phone-scam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.080315 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list