CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1982|Reply: 0

[Melaka] Baiki kereta bayar RM1

[Copy link]
Post time 9-9-2023 12:27 PM | Show all posts |Read mode

RAJANDRAN menyerahkan RM1 kepada Sheikh Muhammad Makhdad sebagai simbolik bayaran membaiki keretanya.

Melaka: Hanya bayar RM1 sedangkan kos sebenar baik pulih Perodua Viva miliknya antara RM2,000 hingga RM3,000.

Itu kejutan diterima seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang terharu dan lega atas keprihatinan serta sikap dermawan pemilik bengkel Makhdad Workshop, Sheikh Muhammad Makhdad Harun, 49, atau lebih dikenali Pak Ngah yang sudi membantu membaiki kerosakan kereta dengan bayaran RM1.

M Rajandran Kumar, 59, berkata, kereta dibeli 12 tahun lalu itu mengalami kerosakan enjin dan memerlukan sekurang-kurangnya kos RM2,000 hingga RM3,000 untuk baik pulih.

Menurutnya, lebih malang dia tidak dapat bekerja sejak beberapa bulan lalu akibat patah kaki ketika menjadi pekerja am di sebuah kebun di Nyalas, Jasin pada November lalu.

"Kereta ini penting untuk kami tiga beranak bergerak kerana ini sahaja kenderaan yang saya miliki.

"Sebelum datang ke bengkel kereta Makhdad ini, saya pergi ke beberapa bengkel kereta namun tidak mampu dengan bayaran ditetapkan.

"Seorang jiran kemudian bawa saya ke sini (bengkel Makhdad Workshop). Terima kasih kepada Pak Ngah dan semua staf (mekanik) di sini yang menyumbang barangan (alat ganti) hingga kereta saya siap dibaiki," katanya, semalam.

Rajandran Kumar yang menetap di Cheng Mutiara berkata, dia sekeluarga hanya bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan dan bersyukur apabila kereta itu dibaiki dalam tempoh seminggu.

"Selepas ini mudahlah saya bergerak lebih-lebih lagi anak yang berusia 21 tahun juga OKU.

"Saya doakan Tuhan murahkan rezeki mereka yang membantu kami," katanya.

Sementara itu, Sheikh Muhammad Makhdad berkata, jika sebelum ini dia membantu golongan memerlukan dengan pemberian kereta ataupun motosikal berharga RM1, kali ini dia memilih membaiki kenderaan dengan disokong rakan dan penyumbang prihatin.

"Bila tahu kesusahan dialami keluarga ini saya setuju membantu tanpa mengira bangsa dan bayaran RM1 ini sebagai simbolik kepada bantuan diberikan. Kos baik pulih kerosakan dianggarkan hampir RM2,000," katanya.

Untuk rekod, pada 2021 dan 2022 beliau pernah membantu seorang lelaki warga emas serta ibu tunggal dengan menjual Proton Iswara Aeroback dan Perodua Kancil terpakai pada harga RM1 kerana simpati kesempitan hidup dialami mereka.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ki-kereta-bayar-rm1
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.113308 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list