CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1434|Reply: 0

[Perak] Polis giat kesan suspek samun pelanggan ATM guna pisau

[Copy link]
Post time 9-9-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular kejadian samun bersenjata pisau di ruangan mesin ATM sebuah bank, di Ipoh.

Ipoh: Polis masih giat memburu suspek dipercayai melakukan samun bersenjata menggunakan pisau di ruangan mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank, di sini.

Berdasarkan rakaman dari kamera sebuah mesin ATM berkenaan, suspek dilihat menaiki motosikal sebelum memasuki premis bank dengan memakai topi keledar berpenutup penuh dan menyamun pelanggan di situ.

Malah, video kejadian yang berdurasi satu minit tiga saat turut tular di media sosial

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pihaknya mengesahkan kejadian itu berlaku di ruangan mesin ATM sebuah bank di sini.

"Bagaimanapun, ia adalah kejadian lama yang berlaku pada 5.20 petang, 14 Mei lalu.

"Mangsa seorang wanita berusia 50-an kerugian RM300 akibat disamun suspek dipercayai lelaki menggunakan pisau.

"Polis kini sedang berusaha mengesan suspek berkenaan yang (penangkapannya) dipercayai boleh membantu menyelesaikan kes jenayah kekerasan yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ditanya mengenai reaksi pengawal keselamatan bank berkenaan yang melarikan diri Yahaya berkata, tindakan itu kerana dia tidak bersenjata untuk menghadapi situasi bahaya sebegitu.

Yahaya berkata, pihaknya turut menerima laporan kes samun ATM di bank lain di sini menggunakan modus operandi sama, 6 September lalu.

Menurutnya, polis percaya ia dilakukan suspek sama.

"Suspek seorang yang licik berdasarkan dia melakukan jenayah itu secara 'lone wolf' (bersendirian).

"Bagaimanapun setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dialami oleh mangsanya memandangkan suspek hanya inginkan duit," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Sebarang maklumat boleh disalur kepada Deputi Superintendan Mohd Zulkefli Mohd Muktar di talian 012-4336999 atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Ipoh di talian 05-2542222.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ggan-atm-guna-pisau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.042840 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list