CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1430|Reply: 0

[Perak] Insiden kuari runtuh, tiada unsur kecuaian majikan

[Copy link]
Post time 9-9-2023 12:14 PM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Siasatan awal mendapati tiada unsur kecuaian majikan dalam kes insiden runtuhan kuari batu kapur di Keramat Pulai, Simpang Pulai, di sini, Selasa lalu yang mengorbankan seorang pekerja warga asing.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan, berkata ia hasil siasatan awal dijalankan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, dengan laporan penuh siasatan itu pula dijangka diperoleh dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata, berdasarkan laporan awal terdapat empat pekerja termasuk mangsa di lokasi kejadian membabitkan mangsa sebagai pemandu jengkaut, serta tiga rakan sekerja lain termasuk seorang 'spotter' (pengesan) yang berperanan meninjau keadaan sekeliling.

Menurutnya, semasa kejadian 'spotter' yang berada di kawasan peninjau mendapati terdapat pergerakan batu-batu kecil dan memberi amaran melalui alat komunikasi 'walkie-talkie' kepada tiga pekerja termasuk mangsa yang sedang melakukan kerja agar segera beredar.

Katanya, tiga pekerja iaitu mangsa, pemandu lori, dan pemandu 'breaker' kemudiannya keluar dari jentera masing- dan berlari ke tempat selamat, namun mangsa bagaimanapun berpatah balik semula ke jengkaut yang dikendalikan kerana dikatakan tertinggal barangan peribadi.



SIVANESAN (kiri) meninjau lokasi kejadian runtuhan batu kuari di tapak kuari dekat Keramat Pulai. FOTO L Manimaran

"Ketika mangsa berpatah balik ke jengkaut dikendalikannya, tiba-tiba batuan di permukaan kuari runtuh dengan banyak lalu menimpa tiga jentera terbabit dengan mangsa yang maut di tempat kejadian dijumpai tersepit di bawah jengkaut yang dikendalikannya.

"Apa yang boleh dirumuskan daripada laporan awal ini, mengapa mangsa berpatah balik ke jengkaut dikendalikannya itu sedangkan tiada arahan dikeluarkan.

"Jadi buat masa ini kita tidak dapat tuduh siapa yang cuai di sini. Adakah syarikat? Tetapi saya tak nampak kecuaian majikan di sini," katanya kepada pemberita sewaktu meninjau kawasan kuari berkenaan hari ini.

Katanya, Perak mencatatkan sembilan kes kemalangan maut di tempat kerja membabitkan sektor kuari dicatatkan sepanjang tujuh tahun bermula 2017, meliputi dua kes pada 2017, 2019 (2 kes), 2022 (2 kes), dan 2023 mencatatkan tiga kes.

Menurutnya, JKKP Perak mengeluarkan arahan kepada majikan untuk menghentikan kerja-kerja pengoperasian kuari hanya di lokasi runtuhan batu itu sehingga tindakan penambahbaikan diambil oleh majikan.

Beliau berkata, juga tiada keperluan untuk menambah baik prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kerana yang sedia ada sudah memadai.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ur-kecuaian-majikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.344238 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list