CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2526|Reply: 0

[Selangor] Penukaran kampit tidak berlaku seperti didakwa

[Copy link]
Post time 7-9-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bersama Timbalanya, Chang Foong Hin (tiga kanan) dan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood (empat kanan) bergambar bersama pemain sektor beras selepas sesi dialog Belanjawan 2024 Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama pemain industri dan pihak berkepentingan dibawah sebsektor padi dan beras di Ibu Pejabat MARDI Serdang. FOTO HAZREEN MOHAMAD

Serdang: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan penukaran kampit beras tempatan kepada beras import tidak berlaku seperti didakwa sesetengah pihak.

Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Datuk Azman Mahmood berkata, ia hasil daripada 900 pemeriksaan dijalankan pihaknya di bawah Op Jamin yang dibuat secara berkala.

"Tidak ada (penukaran seperti) yang didakwa berlaku. Cuma ada kekurangan beras putih, kita dapati ada peniaga-peniaga yang membeli beras putih pada sesuatu masa 500 hingga 700 kampit.

"Sebab itu kita buat sekatan (pembelian beras putih tempatan) bermula pada hari ini mengikut Peraturan 10 (1b) setiap orang hanya boleh membeli 10 kampit beg (beras) 10 kilogram (kg) atau 100 kg," katanya selepas Sesi Dialog Belanjawan 2024 KPKM Bersama Pemain Industri Di Bawah Subsektor Padi dan Beras di sini hari ini.

Turut serta dalam sidang media, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sebelum ini, terdapat pihak yang mendakwa segelintir pemborong beras cuba memanipulasi harga kawalan yang ditetapkan kerajaan dengan menukar kampit beras tempatan kepada kampit beras import.

Taktik itu dipercayai dilakukan kerana harga beras import tidak dikawal kerajaan, sebaliknya hanya diapungkan, manakala harga beras tempatan ditetapkan pada RM26 untuk beg 10 kg.

Mengulas lanjut, Azman berkata, sekatan pembelian beras putih itu akan dibuat sehingga keadaan reda.

Beliau dalam masa sama memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada orang ramai mengenai penukaran kampit beras itu.

"Walaupun (segelintir dakwaan) yang dibuat di TikTok, tetapi dia tidak membuat aduan rasmi kilang mana dan lokasi mana yang berlaku.

"Patutnya dia kena jelaskan kilang dan perseorangan mana yang terlibat," katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat dakwaan itu.

"Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada orang yang membuat pendakwaan itu di bawah Peraturan Seksyen 20, Menganggu Penjawat Awam Menjalankan Tugas," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... aku-seperti-didakwa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.037605 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list