CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4858|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tidak wajar protes modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tanpa usul periksa - Mufti Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 27-8-2023 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Tidak wajar protes modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tanpa usul periksa - Mufti Pulau Pinang



Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



MUFTI Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. FOTO Arkib NSTP




Georgetown: Pihak yang menentang cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memperkenal modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi perlu mendapat maklumat yang jelas terlebih dahulu mengenai kandungan hadis dalam koleksi itu.

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, tindakan memprotes cadangan itu tanpa usul periksa adalah tidak wajar sama sekali.

Katanya, apatah lagi jika bantahan berkenaan didorong oleh niat bagi meraih kepentingan politik murahan dengan meminggirkan kepentingan negara dan rakyat.

"Pihak yang membantah cadangan itu perlu memberi perhatian kepada penjelasan yang diberi oleh KPM dan beberapa pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGO).

"Modul berkenaan hanya disasar kepada guru dan pelajar beragama Islam di sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SABK) sahaja.

"Tujuan modul ini diperkenalkan adalah bagi memupuk semangat ihsan atau kebajikan serta kasih sayang antara sesama manusia tanpa mengira latar belakang keturunan, agama dan budaya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Salim berkata, tujuan itu diharap boleh dicapai menerusi kefahaman yang betul mengenai agama Islam sebagai agama rahmat serta menganjur sikap toleransi serta saling menghormati antara satu sama lain biarpun berbeza pegangan agama dan budaya.

Katanya, rakyat bukan beragama Islam perlu faham pandangan ekstrem dan yang memusuhi orang bukan Islam berpunca daripada kefahaman salah terhadap ajaran Islam itu sendiri.

"Kumpulan seperti Da'ish yang memperjuangkan penubuhan Negara Islam di Iraq dan Sham (Siria - Lubnan) dengan sewenang-wenang membunuh sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka, adalah disebabkan kefahaman salah terhadap ajaran Islam sebenar.

"Jadi, dengan memperkenalkan modul Hadis 40 karya Imam Nawawi ini diharap mampu melahirkan generasi umat Islam yang lebih terbuka kepada kepelbagaian kaum, agama dan budaya dalam kalangan warga Malaysia.

"Pengenalan modul ini juga dapat menyumbang kepada keharmonian negara," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 27, 2023 @ 5:35pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.054007 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list