CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2721|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Raikan Hari Kebangsaan dengan baju batik

[Copy link]
Post time 26-8-2023 01:54 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA

Putrajaya: Orang ramai digalak memakai pakaian batik ketika sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya di sini, Khamis ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, galakan berkenaan bukan sahaja bagi memeriahkan acara sambutan bertemakan Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan itu, malah ia juga dapat menunjukkan sokongan padu kepada industri batik tempatan.

'Kita ingin ketengahkan dan utamakan baju dan fesyen batik kerana ini semestinya menjadi kebanggaan untuk rakyat Malaysia,' katanya selepas meninjau raptai sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini, tadi.

Pada 23 Ogos, media melaporkan, sebanyak 400 helai pakaian batik Malaysia bertemakan semangat kemerdekaan bakal mewarnai sambutan Hari Kebangsaan 2023 dan akan diperagakan oleh barisan Jemaah Menteri, tetamu kehormat serta urus setia.

Mengulas tahap persiapan sambutan berkenaan, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 berkata, ia berjalan lancar dan pihaknya sedang meneliti isu berkaitan jangka masa bagi memastikan tiada masalah timbul pada hari berkenaan.

"Saya setakat ini berpuas hati dengan tahap persediaan, kita lihat khemah utama telah siap dipasang dan ada beberapa kelengkapan lagi (akan diselesaikan), sekarang sedang teliti isu masa, sekiranya pasukan merasakan ada keperluan untuk kita buat pelarasan kita akan buat kerana kita ada ruang masa yang terhad sebab isu penerbangan," katanya.

Mengenai isu liputan Internet, Fahmi berkata beberapa kenderaan 'Cell On Wheels (COW)' milik penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan ditempatkan di kawasan sekitar Dataran Putrajaya bagi memasti kelancaran capaian.

"Saya telah mengarahkan supaya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meneliti perkara itu dan menyesuaikan peralatan untuk memastikan tidak berlaku apa apa gangguan telekomunikasi pada hari itu," katanya.

Fahmi juga menggalakkan semua pihak yang terlibat termasuk petugas media untuk menguji capaian liputan Internet dan isyarat telekomunikasi talian masing-masing pada hari raptai penuh Hari Kebangsaan 2023 pada 29 Ogos ini.

"Kita tidak mahu ada masalah hingga jejaskan tugasan petugas yang terlibat," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-dengan-baju-batik

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.039768 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list