CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1498|Reply: 0

[Selangor] Program tingkat ihsan terhadap haiwan

[Copy link]
Post time 26-8-2023 12:31 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA haiwan dipamer pada sambutan Hari Kebajikan Haiwan dan Hari Veterinar di MAEPS Serdang hingga Ahad. FOTO FB Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Serdang: Bagi meningkat kesedaran mengenai tanggungjawab dan belas ihsan terhadap haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menganjurkan Hari Kebajikan Haiwan yang berlangsung semalam hingga Ahad.

Ia diadakan di Laman Ternakan, Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS), di sini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr Akma Ngah Hamid berkata, program itu turut diadakan serentak dengan sambutan Hari Veterinar sebagai menghargai jasa warga veterinar negara.

"Sambutan Hari Kebajikan Haiwan diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung tanggungjawab, ihsan, kasih sayang dan keprihatinan kepada haiwan.

"Program ini diadakan untuk mendekatkan DVS kepada masyarakat bagi mempromosi perkhidmatan yang ditawarkan selain menguar-uarkan insentif yang ditawarkan dalam sektor pertanian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Hi-Tea Bersama Pengamal Media yang di adakan di Laman Ternakan MAEPS di sini, hari ini.

Katanya, DVS amat menghargai peranan petugas media dalam usaha menyampaikan maklumat sahih kepada orang ramai berhubung isu-isu berkaitan sektor ternakan negara yang disifatkan sebagai penuh cabaran.

Menurutnya, kebelakangan ini pelbagai isu-isu dibangkitkan yang memberi kesan kepada orang ramai antaranya isu bekalan ayam, telur, dan penyakit African Swine Fever (ASF) yang menyerang ternakan babi di Pulau Pinang.

"Dengan bantuan pengamal media, maklumat berkaitan perkara itu berjaya disampaikan kepada masyarakat dengan cepat, meluas, dan tepat.

"Ini penting untuk mengelakkan kegusaran dan kekeliruan dalam kalangan rakyat kerana kami sentiasa komited dalam memastikan bekalan makanan membabitkan ternakan sentiasa terjamin," katanya.

Menyentuh berkenaan inisiatif DVS memajukan sektor ternakan, beliau memberi jaminan komitmen penuh pihaknya menjayakan Program Rezeki Ternak Ruminan, Program Peningkatan Ruminan dan Program Pembangunan Industri Tenusu.

Bagaimanapun katanya, untuk menjayakan program-program itu memerlukan kerjasama dan komitmen tinggi daripada semua pihak dalam sektor terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... san-terhadap-haiwan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.426905 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list