CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2571|Reply: 0

[Pulau Pinang] 40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos ini - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 25-8-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos ini - Kon Yeow

25 Ogos 2023  03:47pm






Kon Yeow




GEORGE TOWN - Seramai 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Beliau berkata, majlis mengangkat sumpah bagi semua ADUN Pulau Pinang itu adalah tertakluk kepada notis yang diserahkan kepada Yang Dipertua Pulau Pinang (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak untuk diperkenankan.

Sebelum itu, Kon Yeow merasmikan majlis penganjuran STEM Showcase 2023 bersempena dengan Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat Pulau Pinang di Sekolah Menengah Persendirian Han Chiang, yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos lepas, gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) memenangi 29 kerusi manakala Perikatan Nasional mendapat 11 kerusi.

Kon Yeow yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada 13 Ogos.

Pada 16 Ogos, seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu mengangkat sumpah di hadapan Tun Ahmad Fuzi di Dewan Sri Pinang. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:34 AM GMT+8 , Processed in 0.059220 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list