CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1414|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pasangan panda gergasi sambut hari jadi ke-17

[Copy link]
Post time 24-8-2023 11:19 AM | Show all posts |Read mode

XING Xing menikmati makanan yang dihidangkan sempena sambutan hari jadi ke-17. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC) Zoo Negara di sini sejak 2014, menyambut ulang tahun ke-17 hari ini.

Ulang tahun kelahiran dua ekor panda gergasi itu disambut dengan kek hari jadi istimewa yang diperbuat daripada buah-buahan seperti epal, tembikai dan anggur yang dihiasi dengan beberapa kuntum bunga.

Sebagai rekod, pasangan panda gergasi itu dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014 selama 10 tahun bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan dua hala antara Malaysia dengan China.

Kedua-dua haiwan itu dilahirkan pada 23 Ogos 2006 di Pusat Panda Wolong, Sichuan, China dan tiba di negara ini pada 21 Mei 2014, yang kemudiannya ditempatkan di GPCC yang dibina khas.



LIANG LIANG pada sambutan hari jadi ke-17. FOTO Bernama

Setakat ini, pasangan panda gergasi itu yang dinamakan semula sebagai Xing Xing dan Liang Liang, memiliki tiga ekor anak iaitu Nuan Nuan yang dilahirkan pada 18 Ogos 2015, Yi Yi (14 Januari 2018) dan Sheng Yi pada 30 Mei 2021.

Sementara itu, Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Ahmat Lana dalam ucapannya berkata kejayaan membiakkan panda gergasi ini menyumbang kepada usaha pemuliharaan spesies ikonik itu.

"Perjalanan panda gergasi ini ialah satu kisah yang membabit penyokong pemuliharaan, penyelidik dan individu berdedikasi yang telah memberikan semangat mereka untuk memastikan kemandirian spesies luar biasa ini.

"Ia juga kisah yang membangkitkan perasaan dengan nilai bersama negara, komitmen bagi pembangunan mampan dan kesejahteraan semua makhluk hidup," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... but-hari-jadi-ke-17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.683340 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list