CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1423|Reply: 0

[Selangor] Lelaki menyamar polis untuk menyamun

[Copy link]
Post time 24-8-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode

POLIS menahan lelaki yang menyamar sebagai anggotanya untuk menyamun dan merampas pelbagai barangan digunakan untuk melakukan kegiatan itu. FOTO Ihsan PDRM.

Petaling Jaya: Seorang lelaki menyamar sebagai anggota polis kononnya untuk melakukan pemeriksaan, sebelum menyamun mangsa di sebuah hotel di Damansara Utama di sini, kelmarin.

Kegiatannya mengundang padah apabila mangsa membuat laporan yang membawa kepada penahanannya di Shah Alam beberapa jam selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 12.56 tengah hari Isnin lalu daripada lelaki berusia 35 tahun.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Balai Polis Damansara melakukan serbuan dan menahan lelaki tempatan berusia 29 tahun di Shah Alam pada 2.30 petang.

"Kami turut merampas beberapa jenis barangan serta pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian samun berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa kerugian wang tunai berjumlah RM3,000 dan penahanan suspek membolehkan kes itu diselesaikan dalam tempoh kurang 24 jam.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan tiga kes dadah, manakala ujian air kencing dilakukan mendapati dia positif dadah methaphetamin.

"Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... olis-untuk-menyamun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:03 PM GMT+8 , Processed in 1.106102 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list