CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1207|Reply: 0

[Perak] Ajaran Noor Hisham Alias menyeleweng, bercanggah syarak

[Copy link]
Post time 23-8-2023 01:39 PM | Show all posts |Read mode

WAN ZAHIDI WAN TEH



IPOH: Perak mengumumkan bahawa Ajaran Noor Hisham bin Alias iaitu ‘Allah Muhammad Muhammad Allah’ (AMMA) di Manjung adalah menyeleweng dan bercanggah dengan syarak.

Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, keputusan itu dibuat dan diperaku dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Kali Ke-231 yang telah bersidang pada 12 April lalu.

“Oleh itu, orang ramai hendaklah menjauhi ajaran itu dan dilarang berpegang serta beramal dengannya.

“Mana-mana orang yang telah terlibat dengan pegangan dan pengamalan ajaran ini hendaklah bertaubat kepada Allah,” katanya di sini.

Surat pekeliling mengenai keputusan jawatankuasa fatwa tersebut turut diedarkan kepada semua Pegawai Tadbir Agama Islam daerah di negeri ini hari ini.

Menurutnya, semua bentuk pengajaran, pengamalan, penerbitan, promosi, pengedaran bahan-bahan ajaran AMMA itu melalui apa-apa medium hendaklah disekat, dihenti dan diharamkan serta-merta.

Beliau menjelaskan antara penyelewengan ajaran itu ialah menterjemah kalimah syahadah dengan ‘Tiada nyata hanya Allah’ tanpa penjelasan sebenar.

Selain itu, ajaran itu mendakwa ajaran Islam sebenar telah diselewengkan pada tahun 850 Masihi serta berpandangan ayat-ayat al-Quran mungkin tersalah tulis kerana ia ditulis pada kulit-kulit dan tulang-tulang haiwan ketika itu.

“Ajaran itu mendakwa terdapat dua al-Quran iaitu al-Quran hidup yang ditafsir sebagai alam mini yang berada dalam diri manusia serta al-Quran mushaf.

“AMMA juga berhujah jika al-Quran yang ada sekarang sangat penting, sudah tentu ia ditulis dan dibukukan oleh Nabi,” ujar beliau.

Pada masa sama, ajaran itu mendakwa Nabi Muhammad tidak dilantik menjadi Rasul serta menimbulkan persoalan adakah baginda lembab kerana tidak mampu membaca dan menulis pada usia 40 tahun. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... -bercanggah-syarak/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.145400 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list