CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 0

[Perak] Bekas banduan didakwa cuba rogol, rompak warga emas

[Copy link]
Post time 23-8-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode

Saaran (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping hari ini atas dua pertuduhan merompak dan cubaan merogol seorang wanita warga emas, minggu lalu. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

TAIPING – Seorang bekas banduan yang baru dua bulan dibebaskan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak dan cubaan merogol seorang wanita warga emas, minggu lalu.

Tertuduh, S. Saaran, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan iaitu merogol seorang wanita warga emas berusia 75 tahun di sebuah rumah di Taman Assam Maju, Taiping pada pukul 8.30 pagi, 15 Ogos 2023.

Tertuduh juga didakwa melakukan rompakan terhadap harta milik mangsa iaitu wang tunai RM10 dan seutas rantai emas di mana semasa melakukan rompakan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa dengan bersenjatakan sebilah pisau.

Selain itu, tertuduh turut didakwa melakukan rompakan dengan bersenjatakan sebilah pisau terhadap harta milik seorang lelaki berusia 55 tahun iaitu wang tunai RM5,000 dan sebuah kereta jenis Honda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi mencadangkan jaminan RM20,000 bagi pertuduhan kes cubaan merogol dan RM30,000 pula bagi dua pertuduhan kes rompakan.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan baharu dua bulan dibebaskan dari penjara.

Hakim Nabisha kemudian membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan beserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 25 September depan untuk sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... -rompak-warga-emas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.812242 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list