View: 1317|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
'Sentiasa taat pada ibu bapa, itu kejayaan sebenar' - Penerima skrol ke sejuta UiTM
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tirahh_1692685064.jpg)
NUR Liyana Athirah berkongsi detik menggembirakan apabila dinobatkan sebagai penerima skrol ke satu juta UiTM. FOTO Ihsan Nur Liyana Athirah
Kuala Lumpur: Penerima skrol ke sejuta pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-97 pada Ahad lalu menjadikan anugerah yang diterima sebagai pembakar semangat dalam hidupnya.
Graduan Diploma Sains Gunaan Nur Liyana Athirah Izani, 22, berkata dia rasa terharu dan sangat bersyukur mendapat respons positif daripada masyarakat sekeliling dengan penganugerahan itu.
"Pada ketika itu, saya memang rasa sangat dihargai dan tidak menyangka menerima skrol berkenaan.
"Anugerah ini adalah sesuatu yang penting buat penuntut dan harus sentiasa komited untuk melakukan setiap perkara dengan baik dan bersungguh-sungguh. Insya-Allah akan ada rezeki untuk kita," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, dia amat berbangga menjadi seorang penuntut di UiTM biarpun rasa gementar kerana kini menjadi perhatian warga universiti.
"Walaupun menerima pelbagai hadiah, tetapi pencapaian yang sebenar apabila kita mampu menghadapi cabaran sebagai penuntut dengan tabah.
"Selepas ini tanggungjawab saya akan lebih berat untuk menjaga perlakuan diri dengan lebih baik agar sentiasa menjadi contoh untuk semua.
"Kehidupan saya lalui ini tidaklah begitu luar biasa jika dibandingkan dengan yang lain, tetapi rezeki yang diperoleh ini membuatkan saya sentiasa percaya setiap usaha baik pasti akan mendapat balasan yang baik," katanya.
Nur Liyana Athirah yang turut ditawarkan sebagai duta sebuah syarikat motosikal berkata, dia berharap agar penuntut lain turut bersemangat menghadapi segala cabaran terutamanya dalam menuntut ilmu.
"Cabaran yang dilalui ini secara tidak langsung akan menjadikan kita lebih kuat untuk mengharungi hari yang mendatang.
"Saya juga berpesan kepada semua agar sentiasa taat kepada ibu bapa kerana mereka adalah sumber kejayaan sebenar kita," katanya yang kini melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains dan Teknologi Makanan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ima-skrol-ke-sejuta |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|