CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 835|Reply: 0

Hanya tahu kematian bapa selepas julang Piala Dunia

[Copy link]
Post time 21-8-2023 10:56 AM | Show all posts |Read mode

OLGA mencium trofi Piala Dunia selepas Sepanyol mengalahkan England 1-0 di final. FOTO AFP

Madrid: Wira penjaring gol kemenangan Sepanyol di final Piala Dunia Wanita, Olga Carmona mengetahui bapanya meninggal dunia selepas negara itu menang 1-0 ke atas England, kata Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF).

Pemain pertahanan berusia 23 tahun itu menjaringkan gol tunggal permainan di Sydney untuk membantu La Roja memenangi kejohanan itu buat kali pertama dalam sejarah mereka.

"RFEF amat kesal kerana terpaksa melaporkan kematian bapa Olga Carmona," kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

"Pemain bola sepak itu mengetahui berita sedih selepas perlawanan akhir Piala Dunia.

"Kami menghantar pelukan yang paling ikhlas kepada Olga dan keluarganya dalam detik kesakitan yang mendalam. Kami sayang kamu, Olga, kamu berada dalam sejarah bola sepak Sepanyol."

Pemain Real Madrid, Olga mendedikasikan golnya kepada mendiang ibu kepada salah seorang kawan baiknya, mempamerkan sehelai baju dalam dengan tulisan 'Merchi'.

"Saya ingin mengatakan kemenangan ini adalah untuk salah seorang ibu kawan baik saya, yang meninggal dunia baru-baru ini, saya meraikan gol dengan baju itu," kata Olga kepada penyiar negeri Sepanyol La 1, sejurus selepas tamat permainan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -julang-piala-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.088353 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list