View: 1055|Reply: 0
|
Tanpa Kane, tiada masalah
[Copy link]
|
|
PEMAIN Spurs meraikan kejayaan menumpaskan United 2-0 di laman sendiri. FOTO AFP
Manchester: Tottenham membuktikan mereka masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa tanpa Harry Kane dengan mencatat kemenangan 2-0 ke atas Manchester United pagi tadi.
Spurs beraksi buat kali pertama di laman sendiri sejak penjaring terbanyak kelab, Kane berhijrah ke Bayern Munich.
Bagaimanapun, dalam perlawanan pertama Ange Postecoglou di Stadium Tottenham Hotspur, pasukan tuan rumah menunjukkan tanda-tanda permulaan era baharu apabila jaringan Pape Sarr dan gol sendiri Lisandro Martinez meneruskan permulaan hambar United pada musim ini.
"Separuh masa kedua, ia memang memukau, ia menunjukkan pasukan yang kita inginkan," kata Postecoglou.
"Saya terus berkata perjalanan kami masih jauh tetapi saya sangat menyukai kepercayaan dan ketabahan yang dimiliki oleh pemain serta keberanian yang mereka ada untuk terus bermain seperti itu."
Anak buah Erik ten Hag berjaya meloloskan diri dengan kemenangan 1-0 di tempat sendiri kepada Wolves walaupun mereka tidak berjaya mempamerkan aksi mengancam Selasa lalu.
Kali ini United dihukum kerana prestasi mereka semakin merosot selepas permulaan yang baik.
Bruno Fernandes sepatutnya meletakkan pelawat di depan pada pertengahan separuh masa pertama.
Bagaimanapun, Spurs mula memberi amaran awal selepas percubaan Pedro Porro menggegarkan palang lawan.
Akhirnya anak buah Postecoglou berjaya memecah kebuntuan apabila Sarr meledak gol pertamanya untuk kelab berkenaan pada minit ke-49.
Kesilapan yang menjadi bahan ketawa menyimpulkan hari buruk buat United apabila Spurs memperoleh gol kedua berpunca daripada hantaran silang Ivan Perisic gagal disambut Ben Davies namun disempurnakan Martinez untuk menewaskan penjaga gol sendiri, Andre Onana.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kane-tiada-masalah |
|
|
|
|
|
|
| |
|