View: 808|Reply: 0
|
Ronaldo tertekan Al-Nassr tewas lagi
[Copy link]
|
|
Cristiano Ronaldo (kiri) cuba melepasi halangan pertahanan Al-Taawoun, Hassan Kadesh pada aksi Liga Pro Saudi di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi tadi. – Foto Twitter AlNassr FC
RIYADH: Cristiano Ronaldo kelihatan seperti seorang konduktor apabila cuba membangkitkan semangat rakan sepasukan dan penyokong Al-Nassr ketika kekalahan pasukannya 2-0 di tangan Al-Taawoun dalam Liga Pro Saudi awal pagi tadi.
Bintang Portugal itu terdesak untuk memulihkan suasana ketika Al-Nassr ketinggalan pada minit ke-20, terutama selepas kecundang aksi pembukaan mereka berdepan Al-Ettifaq kendalian Steven Gerrard minggu lalu.
Ketika rakan sepasukannya kembali ke bulatan tengah, Ronaldo mengambil bola itu dan belari ke garisan tengah sebelum menggesa rakan sepasukan menyertainya - dan beberapa minit kemudian dia kelihatan cuba membangkitkan semangat penonton dengan meminta mereka membuat lebih bising.
Peminat di media sosial melabelkan pemain berusia 38 tahun itu sebagai "pemimpin sejati" dengan sesetengah mereka menuduh pemain bintang Al-Nassr mengecewakan Ronaldo.
"Cristiano Ronaldo menaikkan motivasi selepas dibolosi gol. Seorang pemimpin sejati," ciap seorang wargamaya.
"Ronaldo akan melakukan apa saja yang termampu untuk melonjakkan pasukan Al-Nassr yang teruk ini. Mereka tidak ke mana tanpanya dan mungkin akan menafikannya satu lagi kejuaraan liga," tegas seorang lagi peminat.
Seorang lagi berkata, tindakan Ronaldo itu menunjukkan tahap terdesaknya, terutama sesudah terlepas peluang memenangi kejuaraan Liga Pro Saudi musim lalu apabila mereka muncul naib juara.
Selain Ronaldo, Al-Nassr menampilkan nama-nama besar termasuk Sadio Mane, Marcelo Brozovic dan Seko Fofana tetapi mereka tidak mempunyai jawapan terhadap kehebatan Al-Taawoun yang mendahului menerusi Leandre Tawamba pada minit ke-20 manakala Ahmed Bahusayn memastikan kemenangan dengan gol kedua pada minit keenam masa kecederaan.
Selepas muncul pemenang Piala Juara-Juara Kelab Arab hujung minggu lalu, Al-Nassr tewas aksi pertama musim baharu 2-1 di tangan Al-Ettifaq awal minggu ini ketika Ronaldo tidak diturunkan kerana mengalami kecederaan.
Kekalahan kedua berturut-turut itu menyebabkan mereka kini menghuni tangga ke-15 daripada 18 pasukan dalam Liga Pro Saudi selepas dua perlawanan. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... al-nassr-tewas-lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|