View: 1079|Reply: 0
|
Liverpool mahu ikat kapten Jepun
[Copy link]
|
|
Kapten Jepun, Wataru Endo akan menjalani ujian perubatan di Merseyside sebelum disahkan sebagai pemain baharu Liverpool. – Foto REUTERS
LONDON: Liverpool membuat keputusan mengejut untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Stuttgart, Wataru Endo dengan harga £16 juta (RM94 juta) selain menyemarakkan semula minat mereka terhadap pemain Bayern Munich, Ryan Gravenberch.
Kapten Jepun berusia 30 tahun itu amat dikenali oleh pengarah sukan Liverpool, Jorge Schmadtke dan turut boleh beraksi di benteng pertahanan. Dia dijangka tiba di Merseyside untuk menjalani ujian perubatan.
Gravenberch, 21, berhasrat untuk meninggalkan kelab gergasi Jerman itu kerana dia mahu bermain secara kerap.
Setakat ini Bayern agak keberatan untuk menjualnya tetapi mereka mempunyai ramai pemain tengah dan agak tertekan untuk mendapatkan semula dana selepas membeli Harry Kane dengan harga £100 juta (RM590 juta).
Liverpool turut bertanyakan mengenai pemain Fiorentina, Sofyan Amrabat selain Cheick Doucoure dari Crystal Palace ketika mereka mempertimbang untuk mencari pemain tengah selepas gagal mengikat Moises Caicedo dan Romeo Lavia.
Endo mempunyai kurang setahun kontrak semasanya di Stuttgart.
Dia melakukan 133 penampilan bersama Stuttgart sejak menyertai kelab itu pada awalnya secara pinjaman dari Sint Truiden.
Gravenberch menyertai Bayern dari Ajax tahun lalu dengan kontrak lima tahun, namun hanya diturunkan dalam kesebelasan utama bagi tiga aksi Bundesliga musim lalu dan kini boleh meninggalkan pasukan.
Liverpool membeli dua pemain kreatif pada musim panas ini - Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai - namun Jurgen Klopp memerlukan seorang pemain tengah bertahan dengan Endo dijangka mampu menyelesaikan masalah mereka. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... u-ikat-kapten-jepun |
|
|
|
|
|
|
| |
|