CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1166|Reply: 0

[Pahang] Kereta tak dapat, lebih RM76,000 lesap

[Copy link]
Post time 15-8-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

KUANTAN: Seorang ahli perniagaan di Bentong kerugian RM76,531 selepas terpedaya dalam urusan jual beli kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah terpakai yang tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, lelaki berusia 36 tahun berminat membeli kenderaan jenis Toyota Alphard yang diiklankan di laman Facebook pada harga RM120,000, 29 Julai lalu.

Katanya, mangsa kemudiannya berurusan melalui aplikasi WhatsApp dengan suspek sebelum melakukan transaksi bayaran.

"Mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas 15 kali transaksi dibuat kepada lima akaun yang berbeza sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM76,531.



"Pada masa sama, mangsa diminta suspek untuk memasukkan lagi wang untuk proses penghantaran dan tukar nama.

"Siasatan mendapati sumber kewangan itu adalah wang simpanan mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes kedua pula, beliau berkata, lelaki berusia 58 tahun dari Bera kerugian RM76,158 selepas terpedaya dengan penawaran saham tidak wujud.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa berkenalan dengan seorang individu di aplikasi Tik Tok dan Line yang kemudiannya ditawarkan pelaburan saham dengan pulangan lumayan pada 23 Julai lalu.

"Mangsa mula menyedari ditipu kerana masih diminta wang tambahan dan pulangan yang dijanjikan tidak diperolehi.

"Wang dipindahkan secara berperingkat kepada lima akaun berbeza dengan kerugian sebanyak RM76,158 itu hasil daripada wang simpanan," katanya.

Yahaya berkata, kes ketiga pula membabitkan seorang lelaki berusia 58 tahun kerugian RM61,976 kerana dikatakan terbabit dalam pengubahan wang haram.

Katanya, pada 13 Ogos lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada Pos Laju kerana barang berharga tidak dituntut.

"Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada pegawai polis yang memaklumkan terbabit dengan pengubahan wang haram.

"Disebabkan takut, mangsa mengikut arahan dengan memberikan maklumat akaun bank miliknya.

"Mangsa hanya menyedari ditipu selepas pihak bank memaklumkan wang mangsa berkurangan RM61,976 dengan dua transaksi kepada akaun lain.

"Tiga kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai sentiasa membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

"Kita juga mengingatkan supaya orang ramai tidak menyewa atau memberikan akaun bank peribadi kepada ahli sindiket kerana jika dapati bersuhabat dengan ahli sindiket, pemilik akaun boleh dituduh di Mahkamah Jenayah dan juga mungkin akan dihadapkan dengan tuntutan sivil," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... lebih-rm76000-lesap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.058256 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list