View: 1358|Reply: 0
|
O'Neil berang Wolves dinafikan penalti
[Copy link]
|
|
O'Neil berang Wolves dinafikan penalti
REAKSI O’Neil ketika bersemuka dengan Ten Hag. FOTO AFP
Manchester: Wolverhampton Wanderers kecewa dengan rayuan penalti lewat permainan mereka ditolak ketika tewas 0-1 di Manchester United, awal pagi tadi, namun pengurus baharu, Gary O'Neil percaya terdapat banyak perkara positif pada perlawanan yang didominasi pasukannya.
Raphael Varane menjaringkan satu-satunya gol dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan kedua-dua pasukan tetapi Wolves yakin mereka sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan, yang mana O'Neil menegaskan ia menyerlahkan kelemahan penggunaan video bantuan pengadil (VAR).
Penjaga gol United, Andre Onana, yang membuat penampilan sulung kompetitif buat kelab itu, mengasari pemain gantian Wolves, Sasa Kalajdzic ketika dia cuba menumbuk keluar satu hantaran silang dan menyebabkan penyerang itu terjatuh.
Pengadil Simon Hooper tidak melihat sebarang kesalahan dan selepas merujuk kepada VAR untuk hanya mencelah bagi memastikan keadaan itu, tiada usaha untuk melihat insiden itu semula.
"Penjaga gol keluar dan mengasari penyerang kami. Ia satu kekasaran, memang pasti. Tetapi saya tidaklah begitu terkejut kami tidak mendapatnya secara jujur.
"Saya faham dengan peraturan (untuk kekal dengan keputusan sedia ada), tetapi saya tidak boleh menerimanya sepenuhnya." kata O'Neil kepada Sky Sports.
Pengurus United, Erik ten Hag mempunyai pandangan berbeza mengenai insiden itu, meskipun dia mengakui pasukannya diberi tentangan sengit pada aksi pembukaan EPL.
"Andre amat berani untuk keluar dan bola itu disentuh sebelum dia masuk jadi saya tidak fikir dia mempengaruhi sentuhan daripada lawan. Anda boleh mempertikaikannya, tapi saya fikir ia bukannya penalti.
"Lawan amat dinamik. Kami perlu menanganinya. Kami terpaksa berjuang untuk meraih mata. Mereka pasukan yang kuat. Kami harap kami mampu bertindak lebih baik pada perlawanan seterusnya," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... s-dinafikan-penalti
|
|
|
|
|
|
|
| |
|