View: 2076|Reply: 0
|
Caicedo semakin hampir ke Stamford Bridge
[Copy link]
|
|
Chelsea semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan Moises Caicedo dari Brighton. - Foto AGENSI
LONDON: Chelsea semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan Moises Caicedo yang bernilai 115 juta pound (RM669.61 juta).
Sebelum ini dilaporkan pemain tengah Brighton berusia 21 tahun itu menolak perpindahan ke Liverpool kerana hanya mahu menyertai Chelsea.
Perjanjian itu bakal menyaksikan Chelsea sekali lagi memecahkan rekod perpindahan British.
Caicedo diharap dapat membentuk gandingan mantap dengan pemain Southampton, Romeo Lavia yang juga dalam proses perpindahan ke Stamford Bridge pada harga 55 juta pound (RM320.25 juta).
Liverpool kendalian Jurgen Klopp sudah mencapai persetujuan untuk bintang Ecuador itu pada harga 110 juta pound (RM640.5 juta), yang akan memecahkan rekod perpindahan Liga Perdana Inggeris.
Bagaimanapun ia tidak dapat diteruskan selepas Caicedo mahu menilai semula perpindahan ke Anfield, dan kemudian memilih Stamford Bridge.
Caicedo menyertai Brighton dari Independiente del Valle dua tahun lalu dan menampilkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
Di bawah kendalian Roberto De Zerbi, Brighton berjaya meletakkan diri sebagai salah satu pencabar utama liga tertinggi Inggeris itu dengan menamatkan saingan di tangga keenam musim lalu.
Chelsea terdesak mengukuhkan barisan tengahnya selepas kehilangan Ruben Loftus-Cheek, Mateo Kovacic, Mason Mount dan N'Golo Kante pada musim panas ini.
Liverpool pula perlu mengisi kekosongan ditinggalkan James Milner, Fabinho, Naby Keita dan Jordan Henderson. Mereka hanya menandatangani Alexis Mac Allister dan Dominik Szoboszlai pada jendela perpindahan kali ini.
Chelsea juga mensasarkan pemain Paris Saint-Germain, Marco Veratti sekiranya usaha mendapatkan Caicedo menemui jalan buntu. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -ke-stamford-bridge |
|
|
|
|
|
|
| |
|