CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1263|Reply: 0

Onana mahu tebus kesilapan lalu

[Copy link]
Post time 13-8-2023 10:28 AM | Show all posts |Read mode

ONANA ketika beraksi pada perlawanan persahabatan pramusim. FOTO AFP

London: Andre Onana mendakwa masih terdapat 'noda' besar pada namanya berikutan hukuman penggantungan selama 12 bulan akibat kegagalan doping.

Penjaga gol baharu Manchester United bernilai £47.2 juta (RM274.8 juta) itu mahu mencipta legasi tersendiri di Old Trafford selepas bos, Erik ten Hag menandatanganinya dari Inter Milan untuk menggantikan David de Gea.

Tetapi pada Februari 2021, Onana yang kini berusia 27 tahun, digantung daripada semua aktiviti bola sepak selama setahun oleh Uefa selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang dadah furosemide semasa beraksi bersama bekas kelabnya, Ajax.

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) kemudian mengurangkan hukuman penggantungannya kepada sembilan bulan selepas dia menegaskan tidak sengaja mengambil salah satu pil ubat kehamilan teman wanitanya, Melanie dan bukannya pil sakit kepala.

Tetapi dia masih salah seorang daripada segelintir pemain bola sepak di dunia yang didapati bersalah atas kesalahan doping.

"Segala kerja keras saya hilang begitu sahaja. Andre Onana diharamkan kerana mengambil dadah seperti penagih. Bagaimana anda menerangkannya kepada keluarga anda?

"Saya faham undang-undang adalah undang-undang. Anda melakukan kesilapan, maka anda perlu membayar harganya.

"Tetapi kadangkala saya tertanya-tanya, adakah mereka menghukum anda untuk memberi pengajaran kepada anda, atau adakah mereka melakukannya untuk menyakiti anda?

"Penggantungan itu bermakna saya tidak boleh beraksi, berlatih dengan pasukan, atau menghadiri sambutan kejuaraan di hujung musim, walaupun saya beraksi setiap perlawanan sehingga hukuman dikenakan ke atas saya.

"Adalah itu adil? Orang sekeliling saya berubah. Ada yang hilang sama sekali," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ebus-kesilapan-lalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.084770 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list