CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2785|Reply: 0

Zul Zivilia Minta Isteri Tebus Semula Gitar Lama

[Copy link]
Post time 13-8-2023 06:36 AM | Show all posts |Read mode
Vokalis kumpulan Zivilia iaitu Zul meminta isterinya menebus kembali koleksi gitar yang pernah dijual sebelum ini bagi membolehkan dia membuat persembahan.


Perkara tersebut dikongsi sendiri isteri Zul iaitu Retno Paradinah yang memaklumkan suaminya itu kini kembali aktif menyanyi meskipun masih berada dalam tahanan penjara.


Zul dibenarkan membuat persembahan di luar penjara dengan pengawasan.




"Zul juga bermain gitar ketika menyanyi. Kalau dia membuat persembahan kumpulan Zivilia dijemput juga.


"Saya diminta oleh Zul untuk dapatkan semula gitar yang telah digadaikan. Dia minta begitu kerana mungkin alat muzik yang disediakan kurang bagus," ujarnya seperti yang dipetik dari Detik.


Zul mendapat kebenaran untuk memenuhi undangan menyanyi di luar penjara namun masih diletakkan di bawah pengawasan.


Dalam satu temu bual sebelum ini juga Retno memberitahu dia menjual koleksi gitar milik Zul bagi menampung kehidupan keluarga selepas suaminya itu dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan memiliki dadah.


Sementara itu Retno juga meluahkan rasa syukur dengan perkembangan suaminya itu.


"Saya gembira dan bersyukur kerana dia mahu terus berkarya dalam dunia muzik," ujarnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.036859 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list