CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2731|Reply: 0

[Pulau Pinang] PH-BN bentuk kerajaan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 12-8-2023 09:33 PM | Show all posts |Read mode
PH-BN bentuk kerajaan Pulau Pinang


Oleh Muhammad Yusri Muzamir - Ogos 12, 2023 @ 9:26pm[email protected]




- Foto DAP Malaysia




GEORGETOWN: Kerajaan Perpaduan membentuk kerajaan Pulau Pinang apabila mendahului di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Keputusan tidak rasmi menunjukkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya menundukkan pencabarnya, Perikatan Nasional (PN), MUDA, Parti Rakyat Malaysia (PRM), Penang Front Party (PFP) dan calon Bebas.

Setakat jam 9 malam tadi, PH-BN menang di DUN Sungai Puyu, Bagan Jermal, Padang Lalang, Jawi, Tanjong Bunga, Air Putih, Kebun Bunga dan Padang Kota.

Gabungan berkenaan turut menang di DUN Pengkalan Kota, Komtar, Datok Keramat, Batu Lanchang, Seri Delima, Air Itam, Paya Terubong dan Bayan Lepas.

Calon PH daripada DAP dan PKR dilihat menguasai 21 kerusi majoriti pengundi Cina, selain turut selesa di kawasan bercampur.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN) menguasai sekurang-kurangnya enam kerusi setakat ini.

Kerajaan Pulau Pinang dapat dibentuk jika mana-mana gabungan politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) berjaya menawan 21 daripada 40 kerusi DUN di negeri dengan jolokan Pulau Mutiara itu.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.065784 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list