Bayan Lepas: Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai ketinggalan 2,827 undi berdasarkan penjumlahan undi tidak rasmi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.
Calon Pakatan Harapan (PH) dari Amanah yang juga penyandang DUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz mendahului dengan selesa dengan meraih 10,371 undi.
Manakala Lau yang mewakili Perikatan Nasional (PN) mengumpul 6,502 undi dengan sebanyak 42 daripada 67 peti undi telah selesai dikira setakat tinjauan jam 9 malam ini
Lau yang juga Timbalan Pengerusi PN dan Pengerusi PN Pulau Pinang dan pada ketika ini dikhabarkan berada di ibu kota bersama pimpinan PN pusat.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerusi DUN Bayan Lepas dimenangi Azrul Mahathir dengan majoriti 5,245 undi selepas mendapat 12,504 undi dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rusli Hashim (7,259) dan Zarina Shinta Madar (2,497) dari Pas.