CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3163|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Itu bukan bahan kempen kami' - Calon PH Seberang Jaya

[Copy link]
Post time 12-8-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 12-8-2023 05:23 PM

'Itu bukan bahan kempen kami' - Calon PH Seberang Jaya

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN12 Ogos 2023 05:02pm





Laporan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Johari





BUTTERWORTH - Calon Pakatan Harapan (PH) Seberang Jaya, Johari Kassim menafikan cetakan kertas seakan-akan kertas undi yang dikatakan diedarkan di khemah milik PH berhampiran pusat pengundian adalah bahan kempen milik mereka.

Johari berkata, dia tidak tahu menahu mengenai cetakan kertas itu dan hanya mengetahui mengenai perkara berkenaan selepas melihat kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook lawannya, calon Perikatan Nasional (PN), Izhar Shah Arif Shah.

Menurutnya, slip terbabit mungkin dicetak oleh pihak tidak dikenali sebagai panduan kepada para pengundi.

"Kalau calon (Izhar Shah) bijak, dia boleh bezakan antara panduan dan kertas undi sebenar.

"Kalau tak tahu bezakan, bagaimana dia mahu menjadi wakil rakyat?

"Mungkin dia terlalu muda dan tidak dapat membezakan (antara panduan dan kertas undi)," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Johari berkata, dia tidak mahu mengulas lanjut berhubung isu berkenaan termasuk dakwaan mengenai kesalahan peraturan pilihan raya seperti yang didakwa.


"Saya tak mahu komen mengenai dakwaan terbabit, ia menyalahi mana-mana akta dan biar undang-undang menentukannya.

“Malah, dokumen terbabit bukan boleh dibawa masuk ke tempat mengundi," ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat laporan polis terhadap Izhar Shah sekiranya terus memfitnah cetakan terbabit sebagai klon slip undi.

Sebelum ini, Calon PN Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah kesal dengan tindakan pihak lawan yang didakwa mengedarkan cetakan kertas seakan-akan kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai pada hari pengundian.

Menurutnya, cetakan kertas itu dikatakan diedarkan di khemah milik Pakatan Harapan (PH) berhampiran pusat pengundian.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036933 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list