CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2848|Reply: 0

[Pulau Pinang] Aksi 'Hulk' buang undi tarik perhatian

[Copy link]
Post time 12-8-2023 01:54 PM | Show all posts |Read mode

KELIBAT 'lelaki misteri' memakai kostum watak adiwira Hulk ketika mengundi menarik perhatian ramai di Air Itam. FOTO Aminah Yusof

Georgetown: Kelibat seorang 'lelaki misteri' memakai kostum watak adiwira Hulk ketika menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) menarik perhatian orang ramai di pusat pengundian Dewan Komuniti Blok 7A Desa Intan, Air Itam, di sini, hari ini.

Pengundi itu kelihatan tiba di pusat pembuangan undi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Paya Terubong dengan menunggang motosikal jam 12.15 tengah hari.

Beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota polis dilihat mendekati lelaki itu dan menasihatinya supaya membuka topeng semasa proses mengundi di ruangan yang disediakan.

Namun, persoalan mengapa dia sanggup bersusah payah mengenakan kostum yang diinspirasikan daripada watak komik Marvel berjudul The Incredible Hulk itu tidak diketahui kerana dia menolak untuk ditemubual.

Dia secara baik turut menolak untuk mendedahkan wajahnya selepas mengundi namun sempat melambai dan menunjukkan beberapa gaya menarik kepada petugas media sebelum beredar.

Hari ini, seramai 1,234,198 pengundi akan menentukan hala tuju politik Pulau Pinang untuk sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun akan datang pada membabitkan 331 pusat mengundi di seluruh negeri.

PRN kali ini turut menyaksikan Pakatan Harapan (PH) yang telah menerajui Pulau Pinang selama tiga penggal berturut-turut membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negara.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ndi-tarik-perhatian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.034729 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list