CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2437|Reply: 0

Ajal selepas jaringan gol Sabah lawan JDT

[Copy link]
Post time 10-8-2023 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Ajal selepas jaringan gol Sabah lawan JDT


Anggota polis mengusung seorang penonton lelaki yang rebah ketika perlawanan Liga Super di antara Sabah FC dan JDT di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi. - Foto tular.


KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang pengsan ketika menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Sabah FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Likas, di sini malam tadi, dilaporkan meninggal dunia.

Lelaki berusia 39 tahun terbabit dikatakan pengsan jam 8.27 malam, sejurus selepas pasukan Sabah FC menjaringkan gol pertama pada perlawanan itu.

Sumber berkata, lelaki terbabit secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika penyokong meraikan jaringan Sabah FC.

"Kebetulan, saya bersama isteri duduk di kawasan sama (dengan lelaki terbabit) dan tiba-tiba, ada seorang lelaki tidak sedarkan diri.

"Saya kemudian segera ke tempat lelaki itu untuk memberikan bantuan pernafasan (CPR) sambil cuba menghubungi doktor bertugas," katanya yang juga seorang petugas kesihatan.

Menurutnya, pasukan perubatan kemudian datang ke tempat lelaki terbabit untuk mengusungnya, seterusnya menghantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, menurut doktor yang merawat, lelaki itu disahkan meninggal ketika menerima rawatan di hospital malam tadi.

"Saya sudah buat yang termampu untuk membantunya termasuk memberi bantuan pernafasan selepas dia rebah di stadium (Likas), saya ucapkan salam takziah kepada keluarga yang ditinggalkan," katanya.

Aksi Sabah FC dan JDT malam tadi menyaksikan seramai kira-kira 15,000 penyokong hadir ke Stadium Likas.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... gol-sabah-lawan-jdt

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.633771 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list