View: 1225|Reply: 0
|
Salah setia bersama Liverpool - ejen
[Copy link]
|
|
Mohamed Salah (kanan) menjaringkan gol pertama ketika Liverpool menewaskan SV Darmstadt 3-1 pada aksi persahabatan pramusim di Stadium Deepdale, Preston malam tadi. – Foto liverpoolfc.com
LONDON: Mohamed Salah akan kekal di Liverpool sekali gus menolak tawaran lumayan dari Arab Saudi, kata ejen pemain Mesir itu semalam.
Bintang Anfield itu dilaporkan menjadi sasaran Al-Ittihad, yang bersedia untuk membayar Liverpool £52 juta (RM303 juta) selain menawarkan penyerang itu kontrak bernilai £77 juta (RM449 juta) setahun.
Al-Ittihad sudah mengikat rakan sepasukan Salah di Liverpool, Fabinho manakala kapten Jordan Henderson berpindah ke Al-Ettifaq.
Namun ejen Salah, Ramy Abbas mengesahkan pemain berusia 31 tahun itu gembira untuk kekal beraksi di Anfield.
"Jika kami mempertimbangkan untuk meninggalkan LFC tahun ini, kami tidaklah memperbaharui kontrak itu pada musim panas lalu," ciapnya di Twitter.
"Mohamed tetap komited kepada LFC."
Salah menandatangani kontrak sambungan tiga tahun pada musim panas tahun lalu, menjadikannya pemain dengan bayaran gaji paling tinggi dalam sejarah Liverpool.
Dia menjaringkan 30 gol musim lalu dan mengumpul 186 gol dalam tempoh enam tahun di Merseyside. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... sama-liverpool-ejen |
|
|
|
|
|
|
| |
|