CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1863|Reply: 0

[Kedah] Anggur depan rumah dah 2 kali berbuah

[Copy link]
Post time 8-8-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode

NORDIANA melihat buah anggur matang dan boleh dipetik di rumahnya di Taman Belimbing, Alor Setar. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI

Alor Setar: Bermula dengan hanya sekadar suka-suka, kini tanaman anggur yang diusahakan seorang surirumah di halaman rumahnya di Taman Belimbing, Jalan Tanjung Bendahara di sini membuahkan hasil yang banyak.

Nordiana Yaacob, 52, berkata, kini tanaman anggur jenis green leaf yang berasal dari Vietnam itu sudah dua kali mengeluarkan buah sejak pokok anggur itu ditanam tiga tahun lalu.

Katanya, pada mulanya dia membeli benih pokok anggur itu dan mencuba nasib untuk menanamnya di halaman rumah kerana bimbang perubahan cuaca akan membantutkan pokok.

"Namun, tak sangka pokok anggur ini tumbuh menjalar di keliling bumbung rumah dan mula mengeluarkan buah musim pertama dua tahun lalu.

"Ini hasil keluaran kali kedua, tetapi lebih banyak dari hasil pertama.

"Rasa buah ini masam dan manis sama seperti yang dijual di pasaran dan tak rugi rasanya saya memanfaatkan tanaman anggur ini di rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Nordiana berkata, penjagaan pokok anggur ini sangat mudah dan tidak serumit tanaman lain yang perlu dipantau sepanjang masa.

Katanya, adakalanya dia terlupa menjirus air pada pokok namun tanaman tidak rosak malah masih mampu mengeluarkan buah yang banyak.

"Cuma saya perlu buang ranting, dahan serta daun yang rosak untuk memudahkan tumbuhan anggur itu menjalar," katanya.

Nordiana berkata, dalam tempoh 100 hari, buah anggur sudah boleh dipetik dan dimakan.

Katanya, bukan saja anggur malah dia turut menanam pokok mempelam harumanis serta cokkanan dan pokok durian musang king di hadapan rumahnya.

"Banyak lagi tanaman lain seperti pokok belimbing buluh, limau nipis turut ditanam di halaman rumah.

"Nak tanam tanaman apa pun boleh tapi perlu ada semangat kerajinan dan usaha sebelum memperoleh sebarang hasil," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dah-2-kali-berbuah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.633696 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list