HAMILTON (tengah) meraih petak utama di Grand Prix Hungary. FOTO Reuters
Budapest: Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton melebarkan rekod meraih petak utama dengan mengungguli buat kali ke-104 sepanjang karier Formula Satu (F1) di Grand Prix Hungary.
Pelumba Britain berusia 38 tahun itu mengatasi pendahulu keseluruhan, Max Verstappen dengan kelebihan 0.003 saat yang juga rekod petak utama kali kesembilan di litar sama.