CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 1

[Pulau Pinang] Peniaga rugi setengah juta diperdaya sindiket pelaburan saham

[Copy link]
Post time 20-7-2023 07:15 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga rugi setengah juta diperdaya sindiket pelaburan saham

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  20 Julai 2023   06:30pm

Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM512,244 selepas ditipu sindiket pelaburan saham dalam talian. (Gambar hiasan) - Foto 123RF




KEPALA BATAS - Seorang peniaga wanita mengalami kerugian sebanyak RM512,244 selepas ditipu satu sindiket pelaburan saham dalam talian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, polis menerima laporan daripada wanita berusia 54 tahun pada Rabu setelah dia menyedari ditipu oleh sindiket berkenaan.

Menurutnya, daripada laporan berkenaan, mangsa yang memiliki kedai makanan itu telah tertarik dengan iklan berkaitan pelaburan saham di Facebook pada 22 Mei lalu.

"Mangsa kemudiannya telah berhubung dengan ejen pelaburan tersebut melalui aplikasi WhatsApp. Mangsa telah diberi penerangan mengenai pelaburan saham yang ditawarkan.

"Setelah mendengar penerangan itu, mangsa bersetuju untuk menyertai pelaburan tersebut dan mendaftar akaun pelaburannya," katanya melalui kenyataan media pada Khamis.

Asri berkata, bermula 20 Jun hingga 5 Julai lalu, mangsa telah membuat 20 transaksi pindahan wang berjumlah RM512,244 ke lapan akaun bank syarikat.

"Mangsa mendakwa bahawa pelaburan yang disertainya telah menjana keuntungan kira-kira RM400,000 melalui transaksi yang dipaparkan di dalam akaun pelaburan milik mangsa.

"Bagaimanapun, mangsa tidak dapat mengeluarkan wang keuntungan serta wang modal berkenaan. Mangsa mula merasakan dirinya ditipu setelah ejen pelaburan itu menghilangkan diri, manakala laman sesawang yang dijadikan platform pelaburan juga gagal diakses," katanya.



Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Mohd Asri turut menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah mempercayai sebarang bentuk pelaburan yang menawarkan keuntungan yang tinggi dalam masa singkat.

"Orang ramai juga diminta supaya sentiasa membuat semakan terhadap akaun bank sebelum membuat sebarang bayaran melalui aplikasi SemakMule bagi memastikan akaun bank yang digunakan adalah selamat daripada sebarang kes penipuan," katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2023 08:51 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan. kalau macam dari my own experience, i pernah trade dekat AMarkets. Senang nak trade situ plus cepat withdraw.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.248989 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list