CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 227|Reply: 0

[Pulau Pinang] ‘Ayam pun mau curi’

[Copy link]
Post time 19-7-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode

Dua lelaki diberkas selepas dipercayai memecah masuk sebuah stor di daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang semalam.

BALIK PULAU – Polis menahan dua lelaki selepas disyaki memecah masuk stor simpanan barang sebuah syarikat di daerah Barat Daya di sini, semalam.

Suspek berusia 37 dan 44 tahun itu diberkas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD).

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan bukan sahaja mencuri bateri jentera berat dan besi lebihan di dalam stor berkenaan malah enam ekor ayam milik pekerja juga dipercayai turut ‘disapu’.

“Berdasarkan laporan yang dibuat oleh pengadu, setelah melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki tidak dikenali telah memecah masuk stor simpanan barang milik syarikat dengan memotong rantai kunci pintu masuk.

“Hasil pemeriksaan mendapati bateri jentera berat, besi lebihan dan enam ekor ayam milik pekerja telah dicuri. Anggaran kerugian RM1,500,” kata kenyataan yang dimuat naik di Facebook IPD BD semalam.

Menurutnya lagi, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/07/19/ayam-pun-mau-curi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.068601 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list