CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 700|Reply: 1

[Video] Ramai Persoal Hukum Makan Telur Buaya, Ini Penjelasan Dr Zulkifli

[Copy link]
Post time 13-7-2023 07:10 PM | Show all posts |Read mode



Menurut Maktabah al-Bakri, telur yang haram dimakan dalam Islam adalah telur ular dan telur yang telah busuk kerana ia boleh memudaratkan si pemakan.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang bertindak memakan telur buaya peliharaannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Khairul Johari di TikTok, pada mulanya kelihatan isterinya sedang mengoreng sebiji telur buaya.

Lelaki makan telur buaya undang tanda tanya
Sebaik selesai digoreng, Khairul Johari kemudian memakan telur tersebut dan menyifatkan rasanya kenyal dan sedikit berlemak.

“Saya cuba buat dan rasa telur mata buaya. Telur mata buaya ni rasa kenyal-kenyal dan lemak sikit.

“Tang kuning sedap, tang putih tu rasa lain macam sikit,” ujarnya.



Video Khairul kemudian menjadi sohor dan mengundang persoalan orang ramai yang bertanya adakah telur buaya halal untuk dimakan memandangkan ia merupakan haiwan yang hidup di dua alam iaitu air dan darat.

Dr Zulkifli perjelaskan hukum makan telur buaya
Susulan daripada itu mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menjelaskan mengenai isu tersebut dalam ciapan di Twitter rasmi Maktabah al-Bakri.

Jelasnya, mengikut mazhab Syafie telur buaya itu adalah halal untuk dimakan. Bahkan beliau menyatakan semua telur haiwan termasuklah yang haram dimakan adalah halal. Kecuali jika ia boleh memudaratkan seperti telur ular dan juga serangga.

“Ada pengecualian untuk telur semut dan lebah kerana ulama Syafi’yyah menyebutkan apa-apa haiwan yang dilarang untuk dibunuh, hukumnya haram untuk dimakan kerana jika ia halal untuk dimakan, maka sudah tentu tidak dilarang membunuhnya (sembelih untuk makan),” ujarnya.



Terdapat dua perbahasan menjelaskan mengenai telur haiwan
Menerusi laman Maktabah al-Bakri perbahasannya terbahagi kepada dua iaitu yang pertama sekiranya buaya termasuk dalam jenis haiwan yang halal dimakan, maka telurnya secara tidak langsung suci dan halal untuk dimakan dan ia bertepatan dengan kaedah:

التَّابِعُ تَابِعٌ

Maksudnya: “(Hukum bagi) yang mengikut itu mengikut (hukum bagi yang asal).” (Lihat al-Asybah wa al-Naza’ir oleh al-Suyuti, 1/117).

Oleh itu, sekiranyanya buaya termasuk dalam jenis haiwan air yang halal bangkainya maka ia diharuskan untuk kita mendapatkan manfaat dengan seluruh bahagian-bahagian anggotanya seperti daging, kulit, ekor, mata serta organ yang lain dan perkara ini termasukalah telurnya asalkan ia bukan najis serta tidak memudaratkan.

“Keduanya, sekalipun buaya dihukumkan sebagai haiwan yang haram untuk dimakan dagingnya, namun telurnya tetap dihukumkan sebagai halal untuk dimakan menurut pendapat yang sahih.

“Hal ini adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi bahawa telur daripada haiwan yang halal dimakan dagingnya adalah suci secara ijmak. Manakala telur daripada haiwan yang tidak halal dimakan dagingnya pula, padanya terdapat dua pendapat. Pendapat yang kuat dalam hal ini adalah ia dikira suci,” jelasnya.

Telur tak dianggap jijik maka halal untuk dimakan
Al-Khatib al-Syirbini turut menyatakan bahawa ada khilaf di kalangan ulama tentang status kehalalan makan telur haiwan yang dagingnya tidak dimakan dan dalam kitab al-Majmu menyatakan sekiranya telur itu dikira suci dan ia adalah pendapat yang rajih.

Oleh itu ia halal untuk dimakan tanpa sebarang khilaf kerana telur itu suci dan tidak dianggap jijik.


Haram makan telur yang boleh mendatangkan mudarat
Walau bagaimanapun haram untuk memakan sesuatu yang boleh memudaratkan seperti telur ular, telur sudah rosak dan juga telur daripada bangkai. Ini kerana ia kira sebagai najis.

“Adapun selain daripada semua itu, telur tersebut dikira sebagai suci dan boleh dimakan, meskipun daripada haiwan yang tidak dimakan dagingnya seperti burung hida’ah (sejenis burung helang), burung gagak, burung helang, burung hantu, buaya, penyu dan seumpamanya kecuali telur ular.”

Ini kerana telur ular boleh memudaratkan individu yang memakannya.

“Secara konklusinya, semua jenis telur adalah halal dan harus untuk dimakan termasuklah telur buaya, melainkan terdapatnya dalil yang menyatakan sebaliknya seperti ia memberi mudarat kepada pemakannya dan seumpamanya,” katanya lagi.



VIA: MAKTABAH AL-BAKRI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2023 10:24 PM | Show all posts
Alhamdulillah ilmu baru. Thanks to owner of the video post content tersebut, ramai dapat belajar benda baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.041058 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list