CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

F1: Ricciardo akhirnya kembali ke litar

[Copy link]
Post time 13-7-2023 04:29 PM | Show all posts |Read mode
F1: Ricciardo akhirnya kembali ke litar


RICCIARDO akan kembali bersaing pada perlumbaan F1 selepas khidmatnya diikat oleh Alpha Tauri sehingga penghujung musim ini. – AFP


LONDON – Bekas pelumba McLaren, Daniel Ricciardo kembali mewarnai saingan Formula 1 selepas hampir empat bulan berehat apabila bakal mengemudi jentera Alpha Tauri sehingga penghujung musim nanti.

Pelumba Australia berusia 34 tahun itu dilepaskan oleh McLa­ren pada tahun lalu akan kembali ke litar menjelang perlumbaan Grand Prix Hungary pada 23 Julai nanti.

Ricciardo yang berjaya meraih lapan kemenangan grand prix sepanjang kariernya telah menyertai Red Bull Racing sebagai pelumba simpanan pada awal musim ini.

Kepulangan Ricciardo bagi menggantikan Nyck De Vries yang digugurkan selepas 10 perlumbaan apabila pelumba Belanda itu gagal meraih sebarang mata selain terlibat dalam beberapa insiden kemalangan serta gagal menandingi pencapaian seorang lagi pelumba muda Alpha Tauri, Yuki Tsunoda.

Prisipal Alpha Tauri, Franz Tost mengakui sangat gembira menyaksikan kehadiran Ricciardo ke litar dan bakal mengemudi jentera pasukan yang merupakan pasukan kedua Red Bull Racing.

“Tidak ada sebarang keraguan mengenai kemahiran pemanduan dan dia sendiri juga sudah mengenali semua orang yang berada dalam pasukan ini. Jadi, proses menyesuaikan diri itu mungkin akan menjadi lebih mudah.

“Pasukan juga akan mendapat manfaat yang banyak berdasarkan pengalaman yang sudah dimiliki Ricciardo. Dia merupakan pemenang dalam perlumbaan grand prix sebelum ini.

“Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada Nyck kerana penglibatannya memba­ngunkan pasukan ini. Saya meng­ucapkan selamat maju jaya untuknya,” katanya.

Sementara itu, Ricciardo sudah mula menguji jentera pasukan tersebut di Litar Silverstone pada Selasa lalu, kira-kira dua hari selepas De Vries menamatkan saingan GP British di kedudukan terakhir.

“Saya sangat teruja untuk kembali ke litar bersama keluarga Red Bull,” jelasnya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... a-kembali-ke-litar/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.046205 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list