View: 285|Reply: 0
|
Alex Marquez kekal bersama Gresini Racing
[Copy link]
|
|
ALEX akui selesa bersama Gresini Racing. FOTO Agensi
London: Pelumba Sepanyol, Alex Marquez membuat keputusan untuk kekal bersama pasukan Gresini Racing dalam saingan MotoGP musim depan selepas mengakui memperoleh semula rentak terbaik apabila meninggalkan pasukan Honda tahun lalu.
Keputusan pelumba berusia 27 tahun itu meninggalkan LCR Honda dianggap tepat selepas mempamerkan prestasinya yang sebenar apabila berjaya menaiki podium di kedudukan ketiga di Grand Prix (GP) Argentina April lalu.
"Sewaktu ujian di Valencia saya tidak menjangkakan keputusan terbaik seperti itu. Dari sesi ujian pertama saya cukup laju dan yakin dengan jentera.
"Saya sangat gembira dengan kelajuan yang kami capai dan prestasi pada musim ini. Ia lebih baik daripada apa yang saya jangkakan.
"Bagaimanapun, saya tidak gembira dengan kedudukan kejuaraan kerana kami agak jauh ke belakang. Jika anda tidak terjatuh dan boleh menganalisa, tetapi jika anda mempunyai masalah selepas gagal menamatkan perlumbaan seperti di Austin, Le Mans dan Mugello ia memberi kesukaran kepada anda," katanya.
Selepas lapan pusingan perlumbaan, Alex yang menunggang jentera Ducati Desmosedici GP-22 berada di kedudukan ke-10 keseluruhan dan kini mengutip 63 mata berbanding 50 mata yang diraihnya sepanjang bersama pasukan Honda musim lalu.
Alex mengakui dia mahu lebih konsisten pada separuh kedua perlumbaan tahun ini dan mahu memburu sebanyak mungkin podium.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... sama-gresini-racing |
|
|
|
|
|
|
| |
|