CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

[Pulau Pinang] Guna wang simpanan tampung keperluan ibu hidap kanser

[Copy link]
Post time 6-7-2023 09:25 AM | Show all posts |Read mode

AMREE setia menjaga ibunya yang menghidap kanser limfoma tahap empat di Kepala Batas baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dari Kota Aur, Kepala Batas, di sini buntu memikirkan kos bagi membiayai keperluan ibunya yang menghidap kanser limfoma tahap empat.

Amree Ahamad, 47, yang be­kerja sebagai wawtawan sambilan berkata, ekoran tidak mempunyai pendapatan tetap, dia dan kakak sulung, Amalina Ahamad, 48, terpaksa menggunakan wang simpanan bagi menampung ke­perluan harian ibunya, Rosiah Wahab, 73 yang kini terlantar di rumah.

“Disebabkan keadaan ibu yang kini tidak mampu menguruskan diri, kami perlu memberi lebih perhatian kepadanya, selain perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri dari tabungan untuk membeli barangan keperluan seperti lampin pakai buang, susu khas, tisu basah serta lain-lain keperluan.

“Malah, sudah hampir sebulan saya di kampung dan tidak be­kerja kerana perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada ibu.

“Kakak pula merupakan ibu tunggal dan berniaga kecil-ke­cilan sahaja. Jadi, pada masa yang sama, saya berasa gusar memikirkan wang simpanan sema­kin susut disebabkan tidak mempunyai sumber pendapatan lain,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di kediaman ibunya di sini baru-baru ini.

Dia yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik memberitahu, kesihatan ibunya semakin merosot selepas terjatuh di rumah sebelum Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

“Selepas mendapat tahu me­ngenai ibu terjatuh daripada kakak, saya bergegas pulang kerana risaukan keadaan­nya,” katanya yang juga baru kehilangan bapanya, Ahamad Khalid, 73, pada Khamis lalu.

Kata bapa kepada seorang cahaya mata itu, dia bercadang untuk membawa ibunya tinggal bersama anak dan isteri­nya di kediaman mereka di Bangi, Se­langor dalam masa terdekat agar kebajikan ibunya lebih terjaga.

“Apabila berada di sana (Ba­ngi) sekurang-kurangnya isteri dan anak boleh tengokkan ibu sementara saya keluar bekerja.

“Memang berat keputusan ini, namun saya rasa ia yang terbaik untuk kami sekeluarga,” katanya.

“Saya anggap ini ujian dan reda dengan ketentuan-Nya. Sekurang-kurangnya kami dapat menjalankan tanggungjawab sebagai anak sebelum ibu menutup mata,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumba­ngan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank milik Amree 162263746455 atau menghubunginya di talian 011-52212127.
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... n-ibu-hidap-kanser/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.054536 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list