CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

[Selangor] Mayat lelaki berbungkus plastik, terikat dalam but kereta

[Copy link]
Post time 5-7-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Mayat seorang lelaki warga Indonesia ditemukan dalam keadaan berbungkus plastik dan terikat dalam but Honda City di tepi jalan berhampiran Taman Sri Orkid Seksyen 30 di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang tercium bau busuk daripada kereta terbabit.

"Kejadian disedari oleh orang awam jam 3.25 petang semalam, selepas tercium bau busuk daripada Honda City yang sudah berada di situ sejak dua hingga tiga hari lalu.

"Siasatan awal mendapati, mangsa berumur 47 tahun. Semakan juga mendapati, kereta itu didaftarkan atas nama mangsa.

"Mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat," katanya pada kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya, polis menahan empat suspek termasuk seorang wanita, jam 7 malam tadi berhampiran lokasi kejadian.

"Kesemua suspek yang juga warganegara Indonesia berumur 40-an direman bermula hari ini hingga 10 Julai bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati, ada kemungkinan bermotifkan cemburu tetapi ia masih dalam siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025.

Beliau turut mengulas dakwaan maklumat yang tular di media sosial bahawa mayat mangsa ditemukan oleh adiknya sendiri.

"Setakat ini, polis terima maklumat daripada orang awam yang menghubungi bilik gerakan berkaitan penemuan mayat itu," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar gambar mayat berbalut plastik hitam di but kereta yang terbuka di tepi jalan.

Terdapat komen pada tangkap layar itu yang mendakwa, mayat mangsa ditemukan oleh adiknya sendiri.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... erikat-dalam-kereta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 07:13 AM GMT+8 , Processed in 1.328438 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list