View: 233|Reply: 0
|
[Melaka]
Mayat mengerikan jatuh dari tingkat 41 hotel
[Copy link]
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm259angkat_1688535713.jpg)
ANGGOTA polis mengangkat mayat lelaki yang dipercayai terjatuh dari tingkat 41 sebuah hotel di persisir Sungai Melaka tengah malam tadi. FOTO ihsan IPD Melaka Tengah.
Melaka: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan ngeri selepas terjatuh daripada tingkat 41 sebuah hotel di persisiran Sungai Melaka di sini, tengah malam tadi.
Mayat mangsa berusia 52 tahun itu ditemukan seorang pengangkat barang di hadapan parkir lobi hotel berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, anggota Balai Polis Melaka Tengah bergegas ke lokasi jam 12.15 tengah malam.
"Tubuh mangsa hancur daripada separas pinggang ke atas.
"Kami turut menemukan cebisan mayatnya di sekitar kawasan berkenaan," katanya dihubungi hari ini.
Christopher berkata, saksi kejadian yang juga pengangkat barang itu memaklumkan, dia mendakwa terdengar bunyi umpama tayar meletup.
"Sejurus menoleh, saksi mendapati mangsa dalam keadaan terlangkup dengan separuh daripada badannya hancur.
"Dua lagi saksi iaitu warga Bangladesh mendakwa melihat mangsa dalam keadaan mencurigakan sebelum terjatuh daripada bangunan itu," katanya.
Mayat dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ri-tingkat-41-hotel |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|