CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

[Sabah] Polis cari waris mayat ditemukan terapung

[Copy link]
Post time 5-7-2023 01:27 PM | Show all posts |Read mode
SEMPORNA: Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemukan terapung di kawasan sebuah resort di Kampung Tampi-Tampi, pada 29 Jun lalu.

Mayat lelaki itu ditemukan kira-kira jam 7.41 pagi dalam keadaan kembung di bahagian perut serta kepala mereput dan sukar dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mayat terbabit.

“Ciri-ciri fizikal mayat adalah tinggi 167 sentimeter dan memakai baju warna hitam corak biru, terdapat lambang tertulis Arsenal serta memakai seluar jeans panjang warna hitam jenama Bentop.

“Selain itu, mayat memakai gelang getah warna hitam di tangan kiri serta tali berupa tangkal warna kuning yang dililit dari bahu kiri ke rusuk kanan,”katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.  

Menurutnya, anggaran umur lelaki terbabit tidak dapat dipastikan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Mohd Farhan berkata, mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Semporna untuk tindakan lanjut.

“Mohon sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Ketua Balai Polis Semporna Inspektor Mustapha Abd Majid di talian 010-5517617 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.038067 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list